awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Muhammad Adib boleh lantik peguam pemerhati

Bernama
Bernama
29/05/2019
20:00 MYT
Keluarga Muhammad Adib boleh lantik peguam pemerhati
RAJA KAMARUL BAHRIN: Kalau peguam daripada kerajaan ambil peranan aktif dia seolah-olah kerajaan bertembung dengan kerajaan, ini anehlah. - Gambar fail
Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim boleh melantik peguam untuk bertindak sebagai "watching brief" atau peguam pemerhati dalam inkues kematian anggota bomba tersebut.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata bagaimanapun peguam tersebut hanya boleh bertindak sebagai pemerhati sahaja.
"Keluarga boleh boleh melantik (peguam) sebagai 'watching brief' tetapi bukan sebagai peguam yang mengambil peranan aktif dalam kes ini. Kalau peguam daripada kerajaan ambil peranan aktif dia seolah-olah kerajaan bertembung dengan kerajaan. Ini anehlah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 dan Majlis Berbuka Puasa anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu di sini pada Rabu.
Pada Isnin, Peguam Syazlin Mansor, yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta keluarga Allahyarham Muhammad Adib menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba itu.
Penarikan diri beliau mencetuskan pelbagai spekulasi dan persoalan mengenai kedudukan inkues berkenaan dalam memberi keadilan kepada Allahyarham Muhammad Adib.
Pada Selasa, Peguam Negara Tommy Thomas berkata Syazlin berada dalam kedudukan konflik kepentingan kerana beliau mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim dalam inkues kematian anggota bomba itu.
Muhammad Adib, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#inkues
#kematian
#kerajaan
#kuil sri maha mariamman
#Muhammad Adib Mohd Kassim
#peguam
#pemerhati
#Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah
#rusuhan
#Syazlin Mansor
#Tommy Thomas
#watching brief
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan