awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam Albert Tei cabar arahan SPRM
JPJ cadang tambah 500 kamera badan, perkukuh tindakan penguatkuasaan
Kes e-waste: Empat termasuk KP, TKP Alam Sekitar direman bantu siasatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluasan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung meningkat kepada 4.95 juta hektar pada 2024 - NRES

Bernama
Bernama
30/01/2026
03:20 MYT
Keluasan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung meningkat kepada 4.95 juta hektar pada 2024 - NRES
Menurut NRES, pengurusan dan perlindungan TRM adalah tertakluk kepada beberapa kerangka undang-undang utama antaranya Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Keluasan keseluruhan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Semenanjung menyaksikan peningkatan kepada 4.95 juta hektar pada 2024, berbanding 4.82 juta hektar pada 2020.
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan, peningkatan bersih itu melibatkan 135,063.46 hektar dalam tempoh lima tahun.
"Keluasan keseluruhan TRM di Semenanjung Malaysia tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu (ERM)," menurut NRES dalam jawapan bertulis menerusi laman rasmi Parlimen.
Jawapan itu dikemukakan kepada Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim (PN-Kuala Terengganu) mengenai pecahan keluasan terkini TRM mengikut negeri termasuk perubahan keluasan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, serta langkah kerajaan bagi memastikan pemeliharaan dan perlindungan status TRM secara berterusan.
Berdasarkan data pihak berkuasa negeri, kementerian itu memaklumkan Kelantan merekodkan keluasan TRM paling tinggi sebanyak 1.36 juta hektar, diikuti Perak (953,212.43 hektar), Kedah (809,142.22 hektar), Johor (561,802.60 hektar) dan Pahang (444,074.90 hektar).
Selain itu, Negeri Sembilan (224,483.22 hektar), Selangor (164,743.96 hektar), Perlis (33,554.48 hektar), Kuala Lumpur (1,004.00 hektar), manakala di Terengganu melibatkan seluas 2,378.89 hektar serta tanah pegangan Melayu di negeri itu adalah 401,129 hektar.
Menurut NRES, pengurusan dan perlindungan TRM adalah tertakluk kepada beberapa kerangka undang-undang utama antaranya Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan perlindungan khas terhadap TRM serta keperluan penggantian tanah yang setara sekiranya berlaku pembatalan TRM.
Undang-undang turut melibatkan ERM di negeri-negeri yang berkenaan termasuk peruntukan berkaitan pengisytiharan, pembatalan, sekatan pemilikan serta larangan pegangan kepentingan oleh bukan Melayu.
Selain itu, Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 828) yang mengawal selia pentadbiran tanah secara am termasuk pendaftaran hak milik dan kepentingan, serta pertimbangan dan kelulusan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN), khususnya berkaitan penyelarasan dasar tanah dan pengumpulan data TRM di peringkat Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen
#tanah rizab Melayu
#tanah
#Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
#Perlembagaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan