Kelulusan RM335b pelaburan digital, RM25b pelaburan hijau pacu ekonomi Malaysia - MITI

MITI menjelaskan bahawa gabungan pelaburan digital dan hijau menyediakan asas strategik untuk transformasi ekonomi negara. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan RM335.3 bilion pelaburan digital dan RM25.4 bilion pelaburan hijau yang diluluskan sehingga separuh pertama 2025, menjadikan kedua-dua sektor ini pemacu utama perkembangan ekonomi masa depan, menurut Kad Laporan Prestasi MITI Suku Ketiga 2025.
Ringkasan AI
- Pelaburan digital dan hijau di Malaysia mencapai RM335.3 bilion dan RM25.4 bilion masing-masing sehingga separuh pertama 2025, menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi masa depan, dengan pusat data dan Green Investment Strategy menyumbang secara signifikan.
- Sektor pusat data yang bernilai RM235.1 bilion mencipta kesan pengganda ekonomi setinggi 6.6 kali, menyumbang kepada lebih 105,000 peluang pekerjaan berkemahiran, serta mengukuhkan Malaysia sebagai hab digital serantau.
- Pelaburan hijau melalui GIS telah meluluskan 1,708 projek sejak 2024 hingga pertengahan 2025, merangkumi pelbagai inisiatif termasuk tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, dan teknologi hijau lain, memperlihatkan ekosistem hijau yang matang dan berdaya saing dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi.
“Pusat data terus menjadi nadi utama pelaburan digital negara dan menyokong aspirasi Malaysia sebagai hab teknologi di rantau ini,” menurut laporan itu.
Pelaburan hijau negara pula menunjukkan trajektori yang semakin kukuh melalui Green Investment Strategy (GIS), yang telah meluluskan 1,708 projek sejak 2024 hingga pertengahan 2025.
Projek yang diluluskan merangkumi tenaga boleh baharu, mobiliti rendah karbon, kecekapan tenaga, bioenergi, hidrogen hijau serta teknologi penangkapan dan penggunaan karbon (CCUS).
Perkembangan ini menggambarkan ekosistem industri hijau yang semakin matang dan berdaya saing dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi.
MITI menjelaskan bahawa gabungan pelaburan digital dan hijau menyediakan asas strategik untuk transformasi ekonomi negara.
“Sinergi kedua-dua sektor ini mempercepat peralihan Malaysia ke arah ekonomi bernilai tinggi yang lebih inovatif, mampan dan berdaya tahan,” memetik kenyataan MITI dalam laporan berkenaan.
Laporan itu turut menunjukkan kadar pelaksanaan projek pembuatan yang mantap, apabila 88.9 peratus projek yang diluluskan antara 2021 hingga separuh pertama (1H) 2025 berjaya direalisasikan.
Kejayaan ini menyumbang manfaat langsung kepada Perusahaan, Kecil dan Sederhana (PKS), tenaga kerja mahir serta rantaian industri tempatan, sekali gus memperkukuh daya saing Malaysia dalam ekonomi global.
Malaysia kini berada pada landasan kukuh untuk muncul sebagai ekonomi masa depan yang moden, kompetitif dan rendah karbon, hasil gabungan pertumbuhan pesat dalam sektor digital dan hijau yang terus menerima keyakinan pelabur.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah pelaburan digital yang diluluskan Malaysia sehingga separuh pertama 2025? A: Malaysia merekodkan RM335.3 bilion pelaburan digital yang diluluskan sehingga separuh pertama 2025.
- Q: Apakah sektor utama yang menjadi pemacu perkembangan ekonomi masa depan Malaysia berdasarkan laporan MITI? A: Pembangunan pusat data berskala besar bernilai RM235.1 bilion merupakan sektor utama yang menjadi pemacu perkembangan ekonomi masa depan Malaysia.
- Q: Berapakah jumlah projek pelaburan hijau yang diluluskan melalui Green Investment Strategy (GIS) dari 2024 hingga pertengahan 2025? A: Sebanyak 1,708 projek pelaburan hijau diluluskan melalui Green Investment Strategy (GIS) dari 2024 hingga pertengahan 2025.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

