awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: Isteri, anak pemandu Alza stabil, dirawat di Hospital Baling

Bernama
Bernama
09/06/2025
22:20 MYT
Kemalangan bas UPSI: Isteri, anak pemandu Alza stabil, dirawat di Hospital Baling
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 pagi di JRTB berdekatan Tasik banding, Gerik, 15 pelajar UPSI maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan sebuah Perodua Alza. - Foto BERNAMA
BALING: Isteri kepada pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza serta anak perempuan mereka berusia enam tahun yang terlibat dalam tragedi nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi, dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Baling, dekat sini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, Mansor Zakaria berkata, Nurul Ain Zakaria, 36, serta Nur Aisyah Nafishah Mohd Lutfi, 6, mereka kini dalam keadaan stabil dan akan dirujuk ke bahagian ortopedik untuk rawatan susulan.
Bagaimanapun, katanya ketika dihubungi, suami Nurul Ain yang juga pemandu MPV berkenaan Mohd Lutfi Radzi, 37, bersama anak bongsu mereka, Muhammad Ahsan Nafis, 2, yang turut cedera dalam kemalangan itu, telah dibenarkan pulang petang semalam selepas menerima rawatan di hospital yang sama.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 pagi di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik banding, Gerik, 15 pelajar UPSI maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan sebuah Perodua Alza.
Bas berkenaan yang membawa 42 pelajar UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju ke kampus universiti di Tanjung Malim, Perak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan bas UPSI
#isteri pemandu Alza
#pelajar UPSI maut
#UPSI Berduka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami