awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: Kerajaan Terengganu tanggung kos pengebumian pelajar

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
09/06/2025
13:34 MYT
Kemalangan bas UPSI: Kerajaan Terengganu tanggung kos pengebumian pelajar
Kerajaan negeri juga menggerakkan pasukan sokongan psikososial bagi membantu ahli keluarga mangsa termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan bantuan segera yang diperlukan waris. - Bernama
BESUT: Kerajaan Terengganu akan menanggung sepenuhnya kos pengebumian semua mangsa yang terbabit dalam nahas tragis melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Gerik-Jeli berdekatan Tasik Banding, Perak pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu Maliaman Kassim berkata, ia termasuk proses pengebumian, pengangkutan jenazah dari lokasi kejadian ke kampung halaman masing-masing dan sokongan logistik kepada keluarga yang berada di hospital serta lokasi.
Katanya, selain itu, kerajaan negeri juga menggerakkan pasukan sokongan psikososial bagi membantu ahli keluarga mangsa termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan bantuan segera yang diperlukan waris.
"Sesungguhnya, kejadian ini merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja buat keluarga, bahkan kepada negeri Terengganu yang selama ini amat berbangga dengan semangat anak-anak muda dalam menuntut ilmu.
“Kami mendoakan agar roh semua mangsa dicucuri rahmat dan keluarga mereka diberikan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, sebuah bas persiaran membawa pelajar UPSI terbabit kemalangan kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.
Dalam kejadian itu, seramai 15 pelajar UPSI disahkan maut, manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan termasuk tujuh parah dan dirawat di Hospital Gerik serta Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Topic Berkaitan
#kemalangan bas
#UPSI
#pengebumian
#Kerajaan Negeri Terengganu
#tanggungan kos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan