awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: Polis sahkan terima rakaman kamera papan pemuka

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
09/06/2025
11:45 MYT
Kemalangan bas UPSI: Polis sahkan terima rakaman kamera papan pemuka
Keadaan semasa di kawasan kejadian kemalangan yang meragut 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di KM53 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik hari ini. -- Foto Bernama
IPOH: Polis mengesahkan pihaknya telah menerima satu rakaman video dari kamera papan pemuka dipercayai berkaitan nahas bas yang mengorbankan nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), di Gerik ,awal pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Rakaman video diterima sebagai bukti: Polis telah menerima rakaman video dari kamera papan pemuka berkaitan nahas bas UPSI dan akan merekod keterangan pemilik rakaman bagi membantu siasatan.
  • Rakaman menunjukkan bas meluncur laju: Video tersebut memaparkan bas cuba memotong sebuah kenderaan sebelum terbabas, dengan impak kuat menyebabkan penghadang jalan menembusi bahagian kiri bas, mengakibatkan kecederaan serius kepada penumpang.
  • Siasatan diteruskan oleh pihak berkuasa: Ketua Polis Perak mengesahkan rakaman akan digunakan untuk meneliti punca nahas yang meragut 15 nyawa, termasuk faktor kelajuan dan impak hentaman pada bas.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata rakaman itu telah diserahkan kepada pegawai penyiasat.
"Pegawai saya akan merekod keterangan pemilik video berkenaan dan ia akan digunakan bagi membantu siasatan.
“Pihak polis akan teruskan dengan rakam keterangan pemilik rakaman berkenaan. Memang benar di dalam rakaman itu kita dapat bas itu meluncur laju dan memburukkan lagi keadaan, penghadang jalan menembusi bas itu dari depan.
“Penumpang di bahagian kiri bas yang terlibat secara terus kerana penghadang megenai kiri bas, yang cedera juga banyak yang sakit di bahu kiri kerana terlepas dari tempat duduk kanan ke kiri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, pada Isnin.
Sebelum itu, tular satu video papan pemuka pemandu kenderaan yang berada di tempat kejadian memaparkan bas tersebut cuba memotong kenderaan tersebut sebelum terbabas ke kiri jalan.
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam nahas melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah kenderaan, dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik awal di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (Gerik–Jeli), awal pagi tadi.

Topic Berkaitan
#kemalangan bas UPSI
#rakaman kamera papan pemuka
#Ketua Polis Perak
#bas meluncur laju
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan