MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Siasatan nahas masih di peringkat awal - Ayob Khan

AYOB KHAN: Siasatan masih berjalan dan selepas ini kita akan umum hasilnya, tetapi sekarang masih terlalu awal. -Bernama
KUALA LUMPUR: Siasatan kes kemalangan bas yang mengorbankan 15 nyawa di KM53 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak awal pagi semalam, masih di peringkat awal, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Ringkasan AI
- Siasatan kemalangan bas yang mengorbankan 15 pelajar UPSI di Gerik masih di peringkat awal dan polis belum mengumumkan sebarang dapatan rasmi.
- Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan, menegaskan bahawa siasatan sedang berjalan dan hasilnya akan diumumkan selepas selesai.
- Kemalangan berlaku awal pagi Isnin ketika bas yang membawa pelajar dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik selepas dipercayai hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah kenderaan.
"Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husein dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Polis Perak Datuk Nor Hisam Nordin ada mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke 41 Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengerusinya Datuk Meor Chek Hussein Mahayuddin.
Dalam kejadian awal pagi semalam 15 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut, dan 33 orang tercedera apabila bas yang membawa mahasiswa berkenaan terbalik dalam kemalangan tersebut.
Bas yang disewa khas oleh pelajar universiti berkenaan berlepas dari Jertih, Terengganu pada 9 malam Ahad dan sedang dalam perjalanan ke kampus universiti berkenaan di Tanjung Malim, Perak semasa kejadian.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami