awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan di Setiu: Jenazah tiga beranak dikebumi dalam satu liang lahad

Bernama
Bernama
25/11/2024
15:58 MYT
Kemalangan di Setiu: Jenazah tiga beranak dikebumi dalam satu liang lahad
Jenazah tiga beranak dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Pekuburan Maras, Langgar malam ini. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Sungai Lerek dekat Setiu, Terengganu, awal pagi tadi selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Maras di sini malam ini.
Van membawa jenazah tiba di tanah perkuburan berkenaan kira-kira 9 malam selepas disembahyangkan di Masjid Telipot.
Pengebumian Allahyarham Kamaruddin Ibrahim, 55, isterinya Maimunah Che Mat, 54, dan anak perempuan mereka Nur Ardieana, 30, selesai sepenuhnya pada 9.45 malam ini.
Adik kepada Kamaruddin iaitu Hishamudin, 54, berkata jenazah ketiga-tiga mangsa tiba di Kota Bharu dari Setiu kira-kira 6 petang tadi.
"Saya bersyukur urusan pengebumian arwah abang dan keluarganya berjalan lancar walaupun sebelum itu hujan lebat.
"Terima kasih kepada pihak pengurusan van jenazah dari Setiu dan Besut yang membawa jenazah ahli keluarga saya hingga selamat tiba di Kota Bharu," katanya kepada pemberita malam ini.
Hishamuddin berkata ahli keluarganya kini berdoa untuk kesejahteraan seorang lagi anak pasangan itu iaitu Nur Azwa Shamimi, 21, yang kini kritikal di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
"Kami memohon doa daripada semua agar Nur Azwa Shamimi diberikan kekuatan dan dapat melepasi tempoh kritikal," katanya
Kejadian pada 4.50 pagi tadi itu berlaku apabila kereta jenis Perodua Axia dinaiki keluarga berkenaan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 53, Jalan Persekutuan Kuala Terengganu-Kota Bharu, dekat Kampung Sungai Lerek, Setiu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#van jenazah
#unit rawatan rapi
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan