Polis Trafik Kuala Lumpur memberi jaminan bahawa siasatan kes kemalangan di Lebuhraya DUKE pada 2 Mei akan dijalankan secara telus tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kemalangan itu.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Fuad bin Abd Latiff yang berkata Cawangan Trafik Kuala Lumpur telah memulakan siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebaik sahaja menerima laporan mengenai kemalangan tersebut.
“Pihak yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan berlaku akan tetap dibawa ke mahkamah untuk didakwa.
Dari siasatan awal mendapati sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero Sports dan dua buah kenderaan jenis Perodua MyVi terlibat dalam kemalangan ini,” kata Mohd Fuad dalam satu kenyataan.
BACA: Rakaman CCTV bukti pemandu kereta Myvi seperti berlumba
BACA: Adik mangsa kemalangan DUKE mahu jumpa admin kelab kereta Myvi
BACA: Saksi terawal ceritakan detik cemas kemalangan DUKE
BACA: Enam pemandu berlumba atas DUKE, 3 maut termasuk bayi
Tambahnya, polis telah menahan seorang lelaki Melayu berusia 31 tahun dan seorang wanita Melayu berumur 35 tahun yang terbabit dalam kejadian kemalangan maut ini.
“Mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis dan dikehendaki lapor semula ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dalam masa dua minggu ini,” katanya.
Pihak polis merayu orang ramai yang menyaksikan kemalangan ini supaya tampil membantu dalam siasatan polis.
Beliau turut menyeru orang ramai dan juga media supaya menghentikan sebarang spekulasi kerana ia boleh menjejaskan siasatan polis dalam usaha untuk mendapatkan kebenaran.
Astro Awani
Sun May 03 2015
Siasatan kes kemalangan di Lebuhraya DUKE akan dilakukan dengan telus tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak yang terlibat. - Gambar Fail
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Tak lepas tol kerana baki kad TnG tak cukup punca jurutol dimarah
Kejadian dipercayai berlaku selepas kereta dipandu suspek mahu melepasi Plaza Tol Segambut di DUKE pada 11.15 malam Ahad lepas.
Lebuhraya DUKE bakal laksana sistem pembayaran tol terbuka
Lebuhraya DUKE juga telah dipilih sebagai lokasi kedua pelaksanaan Proof of Concept (POC) selepas Lebuhraya Sungai Besi bagi menilai sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF).
Sebahagian laluan DUKE tutup sementara bermula 11 malam esok
Sebahagian laluan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) akan ditutup bermula 11 malam esok (12 Nov) berikutan penganjuran acara larian 'Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2022'.
Kenaikan kadar tol di 3 lagi lebuh raya ditangguhkan tahun ini - Fadillah
Penangguhan itu melibatkan tiga lebuh raya iaitu Lebuh raya Shah Alam (KESAS), Lebuh raya Lembah Kelang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).
Mekanik maut motosikal ditunggang langgar jengkaut
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu jengkaut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jurutol plaza tol Ayer Panas positif COVID-19 - DUKE
Lorong pelbagai kelas di Plaza Tol Ayer Panas ditutup secara berperingkat susulan seorang jurutol telah disahkan positif jangkitan COVID-19.
Banjir kilat di sekitar pusat bandar KL
Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira jam 5 petang Khamis.
Keadaan Ustaz Kazim Elias makin baik, sudah dibenar pulang ke rumah
Pembantu Peribadinya berkata, Ustaz Kazim dibawa ke HRPB pada petang Ahad dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Berita tular Ustaz Kazim ditahan di hospital adalah palsu
Pihak pengurusan DUKE memaklumkan ia merupakan sebuah hantaran lama yang pernah disiarkan sekitar tahun 2016.
Penunggang motosikal maut diseret dalam nahas di lebuh raya
Mohammad Khairul Anuar Ismail yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 maut di lokasi kejadian selepas parah pada anggota badan.