awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan kereta dan bas di Rawang: Dua individu rentung

Bernama
Bernama
06/08/2016
23:14 MYT
Kemalangan kereta dan bas di Rawang: Dua individu rentung
Kedua-dua kenderaan berkenaan terbakar sepenuhnya manakala 15 penumpang dan pemandu bas berjaya menyelamatkan diri. - Astro AWANI
Dua individu yang belum dikenali identitinya rentung apabila kereta yang dinaiki mereka dipercayai dilanggar sebuah bas di kilometer 447.7 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Rawang ke Pusat Bandar, dekat sini malam tadi.
Akibat perlanggaran kira-kira jam 8.30 malam itu, kedua-dua kenderaan berkenaan terbakar sepenuhnya manakala 15 penumpang dan pemandu bas berjaya menyelamatkan diri.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rawang Ahmad Kamar Afendi Ismail berkata identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti.
Katanya pihak bomba sedang berusaha mengeluarkan mayat dua mangsa yang rentung itu.
"Pihak berkuasa sedang meneliti identiti mangsa," katanya kepada Bernama di lokasi kejadian.
Empat belas anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dan Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi kejadian.
Kemalangan itu mengakibatkan lalu lintas sesak sepanjang empat kilometer.
Topic Berkaitan
#bas
#kemalangan
#Lebuhraya Utara-Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan