awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan maut di Temerloh: Pemandu treler direman empat hari

Bernama
Bernama
28/07/2024
13:56 MYT
Kemalangan maut di Temerloh: Pemandu treler direman empat hari
Keadaan Toyota Hilux yang remuk akibat kemalangan tersebut. - Foto ihsan JBPM
KUANTAN: Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan di KM145 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di Temerloh yang menyebabkan dua maut manakala tiga lagi cedera pada Sabtu ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata lelaki berusia 63 tahun beralamat di Bagan Ajam, Pulau Pinang itu ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan hasil ujian air kencing terhadap suspek adalah negatif.
"Berkenaan keadaan mangsa yang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, seorang penumpang Toyota Hilux iaitu kanak-kanak warga China berumur 9 tahun berada dalam keadaan kritikal di ICU kerana mengalami kecederaan di otak, patah paha kanan, bahu kanan dan tulang rusuk kanan.
"Mangsa akan dihantar ke Hospital Mount Elizabeth Singapura pada kira-kira pukul lapan malam ini manakala dua lagi penumpang Toyota Hilux iaitu warga tempatan berusia 69 tahun dan 65 tahun berada dalam keadaan stabil serta dirawat di HoSHAS," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata setakat ini, mayat pemandu kenderaan pacuan empat roda warga tempatan berusia 79 tahun sudah dituntut manakala jasad penumpang lelaki warga China berusia 46 tahun belum dituntut dan berada di Forensik HoSHAS.
Insiden yang berlaku pada 1.20 tengah hari itu membabitkan pertembungan antara kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan sebuah treler.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#temerloh
#Jalan Kuala Lumpur-Kuantan
#pemandu treler direman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan