PAPAR: Pengisian tangki Loji Rawatan Air (LRA) Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) di Kampung Limbahau di sini sedang dilakukan untuk memulakan proses rawatan air berikutan tahap kemasinan muka sauk telah turun, sebelum air dirawat dapat disalur ke paip awam.
Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali berkata kadar bacaan air masin atau klorida sumber air mentah di muka sauk LRA EWSS Limbahau telah berada di bawah 120 mg/l pagi ini ekoran hujan lebat yang agak lama di Papar semalam.
"Kita doakan hujan terus turun hari ini supaya kadar klorida akan terus menurun dan LRA akan kembali beroperasi seperti biasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata operasi LRA EWSS Limbahau terpaksa dihentikan pada 17 Feb lepas selepas sumber air mentah yang sampai ke muka sauk LRA itu mempunyai kadar kemasinan amat tinggi.
Beliau berharap ramalan hujan pada bulan ini adalah tepat dan umat Islam akan dapat menyambut Aidilfitri dengan ada bekalan air sempurna.
Sebelum ini dilaporkan pemberhentian operasi LRA EWSS Limbahau dan LRA Jetama menyebabkan gangguan bekalan air terhadap lebih 50,000 penduduk dan antara penyelesaian dikenal pasti ialah membina muka sauk alternatif di Kampung Kabang dengan kos RM20 juta, yang telah diluluskan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Pada 13 Mac lepas, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Papar dalam kenyataan mengisytiharkan Papar, terletak kira-kira 38 kilometer dari Kota Kinabalu, sebagai kawasan bencana kemarau berikutan krisis bekalan air berada pada tahap kritikal akibat cuaca panas melanda kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2024
Bacaan air masin atau klorida sumber air mentah di muka sauk LRA EWSS Limbahau telah berada di bawah 120 mg/l pagi ini ekoran hujan lebat yang agak lama di Papar semalam. - Gambar fail/Bernama
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Kemarau di Papar: Armizan harap dua loji rawatan air beroperasi semula bulan depan
Cuaca panas dan kemarau telah melanda Papar hampir dua bulan ditambah pula dengan fenomena El-Nino.
RMK12: Kajian pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dilaksana
Kajian mengenai pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dijalankan bagi menguruskan efluen daripada industri untuk menangani pencemaran air.
Paras air lima LRA di Johor kritikal jika El Nino berterusan hingga Julai
Paras air di lima Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini berisiko merosot ke tahap kritikal sekiranya fenomena El-Nino berterusan hingga Julai depan.
Paras beberapa loji rawatan air di Kelantan merosot
Kemerosotan paras air itu menyebabkan bekalan air terawat di beberapa kawasan di negeri itu terjejas.
RM1.215 bilion diperuntukkan tangani masalah bekalan air Pahang - PM
Peruntukan itu turut melibatkan pembinaan dua loji rawatan air baharu.
UMS bangunkan loji mini rawatan air menerusi kaedah AI, IOT di Pitas
Para penduduk di Pitas kini boleh menikmati air bersih terawat sekitar 60,000 liter setiap hari menerusi pembangunan tiga mini loji rawatan air di daerah itu.
RM295 juta diperuntuk bina LRA Sungai Ngoi-Ngoi fasa 2 di N. Sembilan - MB
LRA itu akan dapat menampung pertambahan permintaan bekalan air secara berterusan bagi penduduk di beberapa kawasan.
Gangguan bekalan air di beberapa daerah di N. Sembilan susulan banjir
Susulan penutupan dan penurunan pengeluaran bekalan air di beberapa LRA SAINS kerana muka sauk ditenggelami banjir selain sumber air mentah kekeruhan yang tinggi.
Op Sumber Air berjaya, henti tugas loji rawatan air hanya dua kali tahun ini
Jumlah penguatkuasaan bagi menangani masalah sungai tercemar telah ditingkatkan hampir dua kali ganda iaitu sejumlah 2,009 pada tahun lepas.
Gangguan air: Kerja penyenggaraan capai 83.9 peratus, dijangka siap malam ini
Menurut Air Selangor, setakat jam 5 petang, kerja-kerja masih giat dijalankan dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang malam ini.