awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KEMAS jalankan kajian menyeluruh keperluan naik taraf, baik pulih tabika

Bernama
Bernama
27/01/2025
14:50 MYT
KEMAS jalankan kajian menyeluruh keperluan naik taraf, baik pulih tabika
Mohd Hanafiah berkata KEMAS bukan sahaja komited menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif tetapi peluang pendidikan awal berkualiti bagi anak-anak di luar bandar adalah menjadi keutamaan. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung keperluan menaik taraf dan baik pulih Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) KEMAS di seluruh negara, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Hanafiah Man.
Beliau berkata kajian berkenaan selaras dengan arahan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya KEMAS menyediakan memorandum Jemaah Menteri berkenaan perkara itu.
Mohd Hanafiah berkata laporan yang sedang disediakan itu bersifat komprehensif dengan bukan sahaja memberi tumpuan kepada kerja fizikal tetapi turut mengambil kira aspek dasar.
"Ini termasuk isu pemilikan tanah, status bangunan yang digunakan secara menumpang terutamanya bangunan awam seperti balai raya serta kaedah perolehan bangunan komersial yang sesuai untuk dijadikan premis Tabika KEMAS.
"Kita mahu penyelesaian secara menyeluruh yang dapat dicadangkan bagi memastikan pendidikan awal kanak-kanak khususnya di luar bandar lebih teratur dan terjamin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi kawasan pedalaman, beliau berkata penyediaan tenaga elektrik dan sumber air perlu diberi perhatian dengan mengkaji keputusan kerajaan mengenai penggunaan panel solar, tangki tadahan hujan atau air bawah tanah bagi memastikan keperluan asas itu dapat dipenuhi secara efektif.
Mohd Hanafiah berkata KEMAS bukan sahaja komited menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif tetapi peluang pendidikan awal berkualiti bagi anak-anak di luar bandar adalah menjadi keutamaan agar mereka mendapat peluang yang sama dengan anak-anak di kawasan bandar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kemas
#TABIKA
#kemudahan fizikal
#pendidikan awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan