awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[KEMAS KINI] COVID-19: Kes kembali meningkat, 7,234 jangkitan baharu direkod hari ini

Fareez Azman
Fareez Azman
04/02/2022
07:18 MYT
[KEMAS KINI] COVID-19: Kes kembali meningkat, 7,234 jangkitan baharu direkod hari ini
Sebanyak 7,234 kes COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu dalam negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 di negara terus mencatatkan peningkatan dengan jumlah jangkitan baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu ialah 7,234 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam kenyataan media pada Jumaat, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini meningkat kepada 2,895,014 kes.
Daripada jumlah kes baharu itu, kata beliau, sebanyak 7,000 kes melibatkan penularan tempatan manakala 234 jangkitan pula merupakan kes import.
Statistik yang dikeluarkan hari ini juga, jelas Dr Hisham, memperlihatkan 7,161 kes merupakan pesakit Kategori 1 dan 2 sementara 73 kes lagi berada di bawah Kategori 3,4 dan 5 sebanyak 73 kes.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 5,254 kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh 2,799,608 bersamaan 96.7 peratus daripada kes keseluruhan.
Beliau turut memaklumkan, sebanyak 118 pesakit COVID-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 57 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam perkembangan sama, sebanyak 21 kluster baharu direkodkan pada Jumaat menjadikan jumlah kluster aktif meningkat kepada 346 kluster setakat ini.
Manakala jumlah kluster yang telah tamat pula sebanyak 6,132 kkluster daripada 6,148 kluster secara keseluruhan.
Topic Berkaitan
#Ketua Pengarah
#kesihatan
#COVID-19
#kes harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan