KUALA LUMPUR: Komposisi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi (JPKKSI) tidak membayangkan kadar atau nisbah ahli yang mewakili parti-parti politik di dalam Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Menurut Pengerusinya Dr Kelvin Yii Lee Wuen, representasi itu harus dinilai semula kerana ketika ini hanya satu perwakilan dari Pakatan Harapan (PH) yang menyertainya, iaitu beliau sendiri.
Sedangkan, kata Yii, PH memiliki bilangan wakil rakyat tertinggi dengan 89 orang, atau 41.6 peratus daripada keseluruhan ahli Dewan Rakyat dengan keahlian parti.
‘’Pada masa ini, JPKKSI terdiri daripada dua wakil UMNO melibatkan Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan Datuk Seri Bung Moktar Radin, wakil Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Lukanisman Awang Sauni; wakil Pas Wan Hassan Mohd Ramli; dan ahli Bebas, Datuk Dr Xavier Jayakumar.
‘’Mengambil kira fakta tersebut, Jawatankuasa Pilihan seharusnya mengambil kesempatan ini untuk membetulkan atau mengemaskini komposisi JPKKSI untuk mematuhi Peraturan Mesyuarat 82(1),’’ katanya hari ini.
BACA: Parlimen dicadang tubuh 9 jawatankuasa pilihan khas baharu - Speaker
BACA: Khairy beri jaminan perbelanjaan, perjanjian PICK akan dibentang kepada PAC
Menurut peraturan mesyuarat tersebut, "seberapa bolehnya tiap-tiap Jawatankuasa Pilihan hendaklah ditubuhkan supaya terbayang di dalamnya kadar parti masing-masing dalam Majlis."
Justeru, Yii yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dari DAP, menggesa supaya jumlah ahli jawatankuasa ditambah untuk mengemas kini komposisi JPKKSI bagi mematuhi peraturan mesyuarat sedia ada.
Terdahulu, beliau menghantar surat rasmi kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azhar Azizan Harun memohon agar tindakan segera diambil bagi meningkatkan jumlah ahli JPKKSI dan jawatankuasa lain, bagi mencerminkan keseimbangan keahlian parti-parti dalam Majlis Mesyuarat.
Beliau merujuk kepada pelantikan ahli Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas yang baharu bagi menggantikan ahli yang dilantik menjadi anggota pentadbiran, dalam surat Azhar bertarikh 30 Ogos.
Syafik Shukri Jalil
Thu Sep 09 2021
Yii menggesa supaya jumlah ahli jawatankuasa ditambah untuk mengemas kini komposisi JPKKSI bagi mematuhi Peraturan Mesyuarat sedia ada. - Foto Facebook Kelvin Yii Lee Wuen
Kes tembakan Pasir Mas: Mangsa dan suspek saling mengenali - Polis
Polis mendedahkan bahawa mangsa dan suspek kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Kampung Gelang Mas, Pasir Mas, semalam, saling mengenali.
Bekas pelumba Forca Amskins juara edisi ketiga L'Etape Malaysia
Bekas pelumba basikal Forca Amskins Racing Mohamed Hafiz Abdul Hamid menjuarai kategori Elit lelaki edisi ketiga kejohanan berbasikal L'Etape Malaysia 2024 hari ini.
MAIWP peruntuk RM30.6 juta untuk skim BKB di Labuan
MAIWP Labuan telah memperuntukkan RM30.6 juta untuk Skim Bantuan Kewangan Bulanan (BKB) yang memberi manfaat kepada 5,406 ketua keluarga.
Fokus Minggu Depan: PRK KKB, sentimen semasa pengundi…
Ikuti kupasan Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin, dan wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai tinjauan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Banjir pulih, PPS Kota Tinggi ditutup
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang yang dibuka untuk kemudahan mangsa banjir di persekitarannya semalam telah ditutup pada pukul 2.30 petang tadi.
Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid
Terdapat kecederaan dilihat di bahagian muka, kepala dan bahagian belakang pemain tersebut.
Polis tahan dua lelaki, sita kenderaan papar gambar Agong pada kempen PRK KKB
Kedua-dua lelaki itu ditahan di sekitar Ulu Yam Lama, selepas polis menerima laporan mengenainya pada pukul 6.18 petang semalam.
Syarikat pengeluar minyak wangi, Yaya Empire bertaraf global
Syarikat pengeluar perfume, Yaya Empire antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas meneroka pasaran luar Malaysia.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
PN belum tentukan lagi jumlah kerusi akan ditandingi pada PRN Sabah nanti
Muhyiddin berkata PN dan Bersatu akan sertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi belum lagi dibuat.
Dr Kelvin, Young Syefura kini teraju DAPSY Kebangsaan
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen menang selaku Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY) hasil pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Kemas kini komposisi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi - Kelvin Yii
Yii berkata, representasi itu harus dinilai semula kerana ketika ini hanya satu perwakilan dari Pakatan Harapan yang menyertainya.
Isu kanak-kanak tanpa kad pengenalan antara tumpuan Dewan Rakyat
Antara lain, ia berkaitan pelan kerajaan untuk memudah dan mempercepatkan proses mendapatkan status kewarganegaraan untuk golongan berkenaan.
Ketua Pemuda UMNO bebas COVID-19
Asyraf Wajdi Dusuki bebas daripada wabak COVID-19.
Dewan tangguh 10 minit, timbalan menteri pitam
Kejadian sekitar jam 10.30 pagi itu berlaku ketika Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menjawab soalan lisan kedua.
'Jangan klasifikasikan cubaan bunuh diri sebagai perbuatan jenayah'
Ia perlu dilakukan sebelum kerajaan dapat membangunkan pangkalan data pendaftaran dalam usaha mengenal pasti pelaku, tingkah laku, faktor, serta langkah bersesuaian menangani isu cubaan bunuh diri.
Ahli Parlimen Nibong Tebal pitam, sidang Dewan Rakyat terhenti sebentar
Sidang Dewan Rakyat terhenti hampir 15 minit apabila Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman rebah ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2020 hari ini.
Sarawak perlukan tadbir urus baik - Ahli Parlimen Bandar Kuching
Dalam memastikan kekayaan terpelihara, langkah-langkah anti rasuah dan tadbir urus baik perlu diwujudkan seiring dengan pengembalian hak Sarawak sebagaimana yang termaktub dalam MA63.