awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy beri jaminan perbelanjaan, perjanjian PICK akan dibentang kepada PAC

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
28/07/2021
04:39 MYT
Khairy beri jaminan perbelanjaan, perjanjian PICK akan dibentang kepada PAC
Khairy Jamaluddin beri jaminan segala perbelanjaan dan perjanjian yang dilaksanakan dalam perolehan vaksin akan terus dibentangkan pada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara tanpa apa-apa gangguan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Semua dokumen perjanjian perolehan vaksin serta butiran perbelanjaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.
Bahkan, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau juga telah memberikan keterangan jawatankuasa itu pada 5 Januari lepas.
Tambahnya, beliau dan juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba juga sekali lagi memberi keterangan kepada PAC pada Selasa (semalam).
“Selain daripada PAC, pada hari Jumaat yang lalu juga, MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia) yang diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian telah memberikan 27 keterangan di dalam prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi.
“Bagi memastikan ketelusan dan keterbukaan PICK, satu taklimat dengan jemputan kepada semua Ahli Parlimen juga telah diadakan.
“Saya memberi jaminan bahawa segala perbelanjaan dan perjanjian yang dilaksanakan dalam perolehan vaksin dalam pelaksanaan PICK akan saya terus bentangkan pada PAC tanpa apa-apa gangguan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan berkaitan usaha vaksinasi rakyat Malaysia pada Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 di sini pada Rabu.
[LAPOR LANGSUNG] Mesyuarat Khas Parlimen bersidang untuk hari ketiga
Dalam pada itu, PICK, jelas Khairy, merupakan satu ikhtiar serta usaha Malaysia untuk keluar daripada krisis COVID-19 yang telah mengubah kehidupan seluruh rakyat sejak hampir dua tahun lalu.
“Bagi pihak kerajaan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli masyarakat yang telah bersama-sama tampil ke hadapan untuk memastikan sasaran yang ditetapkan di bawah PICK dapat mencapai kejayaan.
“Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan saya kepada petugas barisan hadapan sama ada petugas kesihatan ataupun bukan kesihatan yang telah membanting keringat tanpa mengenal penat dan lelah untuk membantu memastikan vaksin sampai ke lengan penduduk Malaysia.
“Insya-Allah dengan kerjasama dan solidariti berterusan daripada kita semua, usaha yang sedang kita jalankan ini mampu mencapai kejayaan dan seterusnya membolehkan kita untuk keluar daripada masa sukar ketika ini,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#PAC
#KJ
#Khairy Jamaluddin
#PICK
#COVID-19
#petugas kesihatan
#vaksin
#Parlimen
#petugas barisan hadapan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Sains
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan