awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemasukan pekerja asing ke negara ini perlu dapat kelulusan JTKSM mulai 1 Sept - Saravanan

Fareez Azman
Fareez Azman
19/08/2022
13:07 MYT
Kemasukan pekerja asing ke negara ini perlu dapat kelulusan JTKSM mulai 1 Sept - Saravanan
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, langkah itu bagi membolehkan kemasukan pekerja asing ke negara ini dapat dikawal. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kemasukan pekerja asing profesional atau bukan profesional ke negara ini perlu mendapat kelulusan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mulai 1 September depan.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, langkah itu bagi membolehkan kemasukan pekerja asing ke negara ini dapat dikawal.
Malah jelasnya, isu Pendatang Tanpa Izin (PATI) juga dapat diselesaikan menerusi satu laluan tunggal buat pekerja asing ke negara ini.
"Hari ini kita letak tanda muktamad, tiada lagi (kemasukan tanpa kelulusan JTKSM).
"Dengan perubahan Akta Kerja 1955 tiada mana-mana agensi pekerjaan (dibenarkan) tidak kira sama ada pekerja profesional atau bukan profesional luar negara masuk ke negara ini tanpa persetujuan Ketua Pengarah JTKSM akan berkuat kuasa 1 September ini," jelasnya.
Tambah Saravanan, sebelum ini pelbagai agensi dibenarkan membawa masuk pekerja asing, namun isu melibatkan PATI tidak dapat diselesaikan.
"Mungkin ramai menteri tandatangan tanpa sedari, tapi bermula 1 September ini tiada seorang pekerja asing yang masuk ke negara ini tanpa pengetahuan Ketua Pengarah JTKSM," katanya lagi.
Mengulas lanjut tambah Saravanan, pihaknya akan memperincikan mekanisme terbaharu bagi tujuan tersebut.
"Sekarang kita boleh bentuk satu jendela tunggal, kita akan perincikan apakah mekanisme terbaharu untuk mengasingkan agar kita dapat membezakan (pekerja dan sektor)," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam program Minda Profesor Negara, 'Isu Pekerja Asing di Malaysia: Apakah Penyelesaiannya?' anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) secara maya pada Jumaat.
Hadir sama, Presiden MPN, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose dan Felo Penyelidik MPN, Dr Mohd Asri Muhamad Ali.
Topic Berkaitan
#Akta Kerja 1955
#ksm
#M Saravanan
#pekerja asing
#Malaysia
#JTKSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan