KUALA LUMPUR: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi berdasarkan kategori pada Minggu Epidemiologi kesembilan 2023 (ME 9/2023) berbanding ME 8/2023 meningkat 33 peratus bagi kategori satu hingga lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata perbandingan kes baharu, kes sembuh dan kes kematian COVID-19 antara ME 8/2023 dan ME 9/2023 (26 Feb hingga 4 Mac) menunjukkan bilangan kes baharu meningkat 5.2 peratus (1,367 kepada 1,438 kes), bilangan kes sembuh menurun 8.8 peratus (1,497 kepada 1,365 kes) dan bilangan kes kematian meningkat 300 peratus (dua kepada lapan kes).
"Bagi kes positif COVID-19 yang dipantau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara pula menunjukkan penurunan dan perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 9/2023 berbanding minggu sebelumnya menunjukkan bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun 12.2 peratus.
"Sementara bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat 321.7 peratus dan bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital menurun 14.3 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata dari 25 Jan 2020 (ME 4/2020) hingga 4 Mac 2023 (ME 9/2023), kumulatif kes baharu ialah 5,043,626 kes manakala kumulatif kes sembuh sebanyak 4,997,806.
"Purata kes aktif ialah 8,851, kumulatif kes kematian 36,965 dan kumulatif kluster sebanyak 7,172 dengan dua kluster aktif," katanya.
Selain itu, peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 9/2023 berbanding ME 8/2023 adalah katil bukan kritikal meningkat satu peratus, katil Unit Rawatan Rapi (ICU) tiada perubahan iaitu kekal pada dua peratus dan peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun pada 0.2 peratus.
"Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk kekal pada 2.8 peratus pada ME 9/2023 dari 26 Feb hingga 4 Mac berbanding ME 8/2023," katanya.
Beliau berkata survelan Penyakit Seperti Influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) bagi COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan di lokasi sentinel seluruh negara mendapati 17 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 2.4 peratus pada ME 9/2023 dan tiada sampel SARI dikesan positif COVID-19 pada minggu sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023
Dari 25 Jan 2020 hingga 4 Mac 2023, kumulatif kes baharu ialah 5,043,626 kes manakala kumulatif kes sembuh sebanyak 4,997,806. - Gambar fail
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.