KUALA LUMPUR: Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2023 menunjukkan kanser adalah punca kematian keempat tertinggi di Malaysia, menyaksikan peningkatan kepada 12.6 peratus pada 2022 berbanding 10.5 peratus bagi tahun sebelumnya.
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan Laporan Fakta Kesihatan Malaysia 2023, kanser juga adalah antara punca utama kematian di hospital swasta meliputi 26.44 peratus dan yang keempat di hospital Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu 9.29 peratus.
"Kematian yang tinggi ini juga dapat dikaitkan dengan pengesanan penyakit di tahap yang lewat iaitu tahap III dan IV yang tinggi melebihi 60 peratus daripada keseluruhan kanser yang dilaporkan, berdasarkan laporan oleh Registri Kanser Malaysia," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata data Registri Kanser Malaysia menunjukkan bahawa sejumlah 168,822 kes baharu telah dilaporkan bagi tempoh lima tahun bermula 2017 hingga 2021 manakala kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser limfoma dan kanser hati merekodkan kadar insiden tertinggi bagi tempoh berkenaan.
Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia bertema Close the Care yang berlangsung semalam, Dr Dzulkefly menyeru rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan selain aktif secara fizikal, tidak mengambil alkohol dan tidak merokok.
Beliau berkata rakyat Malaysia juga perlu menyokong usaha KKM dalam mencegah penyakit kanser di Malaysia seperti pemberian vaksin hepatitis B kepada bayi menerusi program Imunisasi Kebangsaan dan vaksin Papillomavirus Manusia (HPV) yang ditawarkan kepada remaja perempuan berumur 13 tahun.
"Jalani saringan kanser bagi tujuan pengesanan lebih awal kerana ia dapat meningkatkan kadar kelangsungan hidup, mengurangkan morbiditi dalam kalangan pesakit kanser dan meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser," katanya.
Dr Dzulkefly juga berkata pihaknya akan memastikan rakyat menerima perkhidmatan komprehensif yang tidak terikat kepada kemampuan termasuk penjagaan kesihatan bagi pesakit kanser.
"Selain itu, misi dalam mempertingkat promosi kesihatan dan pencegahan penyakit termasuk kanser dengan memperkukuh fungsi kesihatan awam akan diteruskan melalui aktiviti promosi serta pencegahan terutama di fasiliti kesihatan primer KKM," katanya.
Sambutan Hari Kanser Sedunia pada tahun ini memberi penekanan kepada penjagaan kanser yang memfokus kepada keperluan pesakit secara keseluruhan meliputi kepentingan kesejahteraan fizikal dan psikologi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 04 2024
Dr Dzulkefly berkata data Registri Kanser Malaysia menunjukkan bahawa sejumlah 168,822 kes kanser baharu dilaporkan bagi tempoh lima tahun bermula 2017 hingga 2021. - Gambar fail/BERNAMA
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Penyelidikan Australia kaitkan diet tidak sihat dengan kanser membawa maut
Penyelidikan terkini di Australia mendapati terdapat kaitan antara pemilihan diet yang tidak sihat dengan risiko kanser yang boleh membawa maut.
Hidup sejahtera menuju penuaan: Hadapi usia emas dengan yakin
DOSM melaporkan bahawa wanita secara amnya mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding lelaki dengan purata lima tahun lebih lama.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
Indonesia lancar Pelan Pencegahan dan Kawalan Kanser
Indonesia secara rasmi melancarkan "Pelan Pencegahan dan Kawalan Kanser Kebangsaan 2024-2034" semasa pembukaan Persidangan Kanser Antarabangsa Indonesia (IICC) 2024 di Bali pada Khamis, lapor ANTARA.
Kanser, penyakit jantung, pneumonia antara punca kematian utama di Korea Selatan pada 2023
Kanser menyebabkan 166.7 kematian bagi setiap 100,000 penduduk Korea Selatan pada 2023, meningkat daripada 162.7 kematian pada tahun sebelumnya.
Itali catat jumlah kematian tertinggi kanser mesothelioma di EU
Gejala mesothelioma cenderung berkembang secara beransur-ansur dari semasa ke semasa.
Kate Middleton buat penampilan umum pertama sejak selesai rawatan kemoterapi
Puteri Wales Kate Middleton pada Ahad membuat penampilan umum pertamanya sejak mengumumkan selesai menjalani rawatan kemoterapi, lapor United Press International (UPI).
Bekas pengendali England dan Lazio, Sven-Goran Eriksson meninggal dunia
Pada Januari, Eriksson mendedahkan bahawa beliau menghidap kanser terminal.
Bintang 'Charmed', Shannen Doherty, meninggal dunia
Pada 2017, Doherty memaklumkan gejala kansernya mula berkurangan namun pada 2019, kanser itu kembali.
Bedak talkum boleh sebabkan kanser - IARC
Penyelidik di IARC mendapati terdapat bukti terhad talkum menyebabkan kanser ovari dan menyebabkan kanser pada haiwan yang diuji di makmal.