PUTRAJAYA: Sebanyak 2,623 kematian akibat tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lepas, meningkat dua peratus atau 51 kes berbanding 2022, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Dalam kenyataan bersempena dengan Hari Tibi Sedunia hari ini, beliau berkata sebanyak 26,781 kes penyakit berkenaan dilaporkan pada tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 1,390 atau 5.47 peratus berbanding 25,391 kes, sepanjang tempoh sama tahun sebelumnya.
"Penyakit tibi masih menjadi satu daripada beban penyakit utama di Malaysia. Statistik semasa penyakit tibi membimbangkan dan menjejaskan kualiti hidup rakyat Malaysia.
"Dengan adanya rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit tibi, usaha bagi mengesan awal dan memulakan rawatan secepat mungkin perlu ditingkatkan," katanya.
Beliau berkata tibi ialah penyakit berjangkit yang merebak melalui udara disebabkan oleh Mycobacterium tuberculosis dan organ utama yang dijangkiti ialah paru-paru (pulmonary TB), namun organ lain yang boleh mendapat jangkitan ialah otak (meningitis TB), tulang belakang (spinal TB), kelenjar limfa (lymph node TB), perut (abdominal TB) dan lain-lain.
Gejala penyakit tibi adalah seperti batuk yang berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah.
"Salah faham berkaitan gejala penyakit tibi adalah disebabkan santau, buatan orang atau penyakit keturunan perlu diperbetul agar individu yang mempunyai gejala penyakit tibi mendapat pemeriksaan dan rawatan awal di klinik kesihatan dan hospital yang berhampiran.
"Mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit tibi seperti pesakit HIV, pesakit buah pinggang kronik, penghidap pulmonari kronik (jenis obstruktif), perokok aktif dan individu yang mempunyai kontak kepada kes tibi juga dinasihatkan untuk melakukan saringan," katanya.
Dzulkefly berkata rawatan bagi penyakit tibi ialah kombinasi ubat-ubatan antibiotik yang perlu diambil setiap hari selama tidak kurang enam bulan, serta pesakit juga disarankan mematuhi jadual rawatan dan berbincang dengan penyelia rawatan jika menghadapi sebarang masalah atau kesan sampingan ubat.
Pesakit yang berhenti mengambil rawatan dan enggan meneruskan rawatan boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), katanya.
"Menjadi inspirasi dan harapan negara agar tibi tidak lagi menjadi penyakit berjangkit dalam masyarakat menjelang 2035, selari dengan 'Strategi Hentikan Tibi' oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
"Untuk ini, komitmen yang tinggi dan kerjasama erat antara individu, masyarakat, serta pelbagai agensi adalah amat perlu," katanya.
Hari Tibi Sedunia disambut pada 24 Mac setiap tahun dengan sambutan tahun ini bertemakan "Yes! We Can End TB" atau "Ya, Kita Boleh Hentikan Tibi!".
Tema itu menyeru sokongan dan komitmen semua individu dan lapisan masyarakat bagi menggembleng usaha, tenaga, kepakaran, inovasi serta meningkatkan pelaburan bagi menghentikan tibi di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Menurut Dr Dzulkefly, penyakit tibi masih menjadi satu daripada beban penyakit utama di Malaysia.- Gambar fail/Bernama
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dzulkefly
Sebanyak 2,623 kematian akibat tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lepas, meningkat dua peratus atau 51 kes berbanding 2022.