MALAYSIA
Kematian lelaki di Taman Tasek Damai dipercayai akibat tembakan di dada

Polis menahan anak mangsa berusia 31 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman sehingga 1 Julai. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang lelaki yang ditemukan maut dengan kesan tikaman di sebuah rumah di Taman Tasek Damai di sini pada Selasa turut didapati mempunyai kesan luka tembakan di dada kiri yang dipercayai menjadi punca kematiannya.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 57 tahun ditemukan maut di Taman Tasek Damai, Ipoh dengan kesan tikaman dan luka tembakan di dada kiri, yang disahkan sebagai punca kematian melalui bedah siasat.
- Polis menahan anak mangsa berusia 31 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman sehingga 1 Julai.
- Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Rezan Yussop @ Ariffin di talian 016-9648706 atau hadir ke balai polis berhampiran.
Semalam, Abang Zainal Abidin memaklumkan mangsa terbabit ditemukan terlentang dan berlumuran darah di dapur rumah berkenaan dengan kesan tikaman di perut serta hirisan pada dada dalam kejadian Selasa lepas.
Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang juga anak mangsa dan suspek direman bermula semalam hingga 1 Julai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami