awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risiko kemalangan nuklear di Ukraine lebih serius berbanding senjata atom - IAEA
Siklon tropika Nokaen tingkatkan risiko lahar berhampiran Gunung Berapi Mayon
DBKL laksana Projek Mitigasi Banjir Kilat Jangka Sederhana sekitar Padang Merbok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian murid tahun empat: Kertas siasatan dirujuk ke AGC

Bernama
Bernama
14/10/2025
10:50 MYT
Kematian murid tahun empat: Kertas siasatan dirujuk ke AGC
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara bagi tindakan lanjut. - Gambar fail/Sinar Harian
SEREMBAN: Polis telah melengkapkan siasatan kes kematian murid lelaki tahun empat yang ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah tandas sekolah di Senawang, di sini, 1 Okt lepas.

Ringkasan AI
  • Polis melengkapkan siasatan kes kematian murid lelaki Tahun Empat di tandas sekolah di Senawang pada 1 Oktober, dan kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
  • Siasatan menyeluruh melibatkan Unit Sains Tingkah Laku dan Unit Forensik Bukit Aman, termasuk kemungkinan unsur jenayah atau insiden buli; 49 individu telah direkodkan keterangan.
  • Bedah siasat mendapati punca kematian akibat tekanan pada leher tanpa kecederaan lain, dan polis menasihatkan orang awam agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata kertas siasatan juga dirujuk ke Jabatan Peguam Negara bagi tindakan lanjut.
Beliau berkata pihaknya telah menjalankan siasatan menyeluruh melibatkan pelbagai elemen termasuk Unit Sains Tingkah Laku (D11) dan Unit Siasatan Forensik (D10) dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
"Hala tuju siasatan selain daripada melihat jika ada unsur jenayah dalam siasatan mati mengejut (SDR), ia juga merangkumi aspek kemungkinan berlakunya insiden buli atau sebaliknya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Alzafny berkata pihaknya juga telah merekodkan keterangan daripada 49 individu bagi melengkapkan siasatan.
Beliau turut menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat tidak sahih atau mengulas secara tidak bertanggungjawab mengenai kes berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah sekolah sebelum disahkan meninggal dunia, pada 1 Okt lepas.
Susulan itu, hasil bedah siasat pada 2 Okt mendapati punca kematian adalah disebabkan tekanan pada leher dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh badan mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kematian murid lelaki tahun empat
#polis lengkapkan siasatan
#Polis Negeri Sembilan
#tandas di Senawang
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan