awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian pelajar di Plentong minggu lepas bukan disebabkan HFMD

Bernama
Bernama
19/04/2015
10:43 MYT
Kematian pelajar di Plentong minggu lepas bukan disebabkan HFMD
Guru SJKC Chien Chi memantau pelajar berlatih cara mencuci tangan dengan betul menggunakan cecair antiseptik sebagai langkah awal mencegah penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). -Foto Bernama
Ujian ke atas sampel darah milik seorang murid perempuan Tahun Satu di sini yang meninggal dunia pada 11 April lalu, tidak menemukan Enterovirus 71 (EV71) yang mengakibatkan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata, kematian murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chien Chi, Plentong di sini itu tidak boleh dikaitkan dengan HFMD.
"Sampel darah yang dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan di Sungai Buloh minggu lepas mendapati mangsa negatif Enterovirus 71.
"Maknanya, kematian mangsa bukan diakibatkan HFMD... Mungkin disebabkan jangkitan-jangkitan lain atau sebelum itu dia pernah memakan ubat yang memberi komplikasi," katanya sebagai mengulas kes itu di sini hari ini.
Ayub ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Program Johor Bersih dan Lestari 2015 di Taman Pelangi Indah, di sini.
Murid berkenaan yang tidak didedahkan nama meninggal dunia minggu lepas akibat kejutan septik dengan kegagalan beberapa organ dalaman selepas mengalami simptom HFMD.
Penyakit HFMD yang seringkali menyerang taman didikan kanak-kanak (tadika) serta sekolah rendah pada musim panas, berpunca daripada virus dipanggil Coxsackievirus A16 dan EV-71.
Kedua-duanya mudah merebak melalui hubungan secara langsung dengan mukus, air liur atau najis mangsa yang telah dijangkiti.
Topic Berkaitan
#Enterovirus
#ev71
#HFMD
#kaki dan mulut
#penyakit tangan
#plentong
#SJKC Chien Chi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan