awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 remaja lelaki disambung

Bernama
Bernama
29/03/2024
07:00 MYT
Kematian pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 remaja lelaki disambung
Mangsa ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam pada beberapa bahagian badan di atas lantai bilik asrama di kolej berkenaan. - Gambar fail
LAHAD DATU: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tempoh tahanan reman 13 remaja lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki kolej vokasional disambung hingga 4 April ini.
Majistret Nur Asyraf Zolhani membenarkan permohonan pegawai penyiasat kes ASP Suddin Tjinke agar tempoh reman dilanjutkan bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan diteruskan terhadap kesemua pelajar berusia 16 hingga 19 tahun itu.
Mereka ditahan pada 22 Mac lepas selepas Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam pada beberapa bahagian badan di atas lantai bilik asrama di kolej vokasional di sini.
Kesemua remaja itu kemudiannya ditahan reman enam hari bermula 23 Mac.
Sebelum ini Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dr Rohan Shah Ahmad dilaporkan berkata siasatan polis mendapati isu kehilangan wang dua pelajar, masing-masing berjumlah RM50 dan RM35, menjadi punca perselisihan faham sehingga mengakibatkan kematian mangsa yang dituduh mencuri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes buli
#kes kematian pelajar
#KV Lahad Datu
#motif kejadian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan