awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian ramai Orang Asli Batek sesuatu yang tidak pernah berlaku - Jakoa

Bernama
Bernama
23/06/2019
11:10 MYT
Kematian ramai Orang Asli Batek sesuatu yang tidak pernah berlaku - Jakoa
Jakoa menyeru kepada komuniti Orang Asli, jika mempunyai simptom penyakit perlu segera dapatkan rawatan di hospital. - Gambar fail
Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menyifatkan kes kematian mendadak Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang dalam jumlah yang ramai adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam masyarakat berkenaan.
Pengarah Jakoa Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid berkata ia boleh dianggap sebagai sejarah hitam bagi masyarakat Orang Asli dan satu perkara yang luar biasa.
Beliau berkata proses pengebumian 15 jenazah Orang Asli yang meninggal dunia dipercayai akibat demam campak dalam satu liang lahad hari ini mengambil masa selama hampir sejam dan akan sentiasa dikenang oleh penduduk Orang Asli.
"Kami berharap tragedi seumpama ini tidak lagi berulang dan kita menasihatkan mana-mana Orang Asli yang mempunyai simptom penyakit segeralah mendapatkan rawatan di hospital.
"Selepas kejadian ini kita juga mendapati sudah ada kesedaran dalam kalangan masyarakat Orang Asli mengenai penyakit khususnya yang berjangkit seperti campak," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengulas mengenai pengebumian 15 jenazah Orang Asli itu, beliau berkata kira-kira 50 penduduk hadir termasuk kaum keluarga mangsa yang meninggal dunia.
Menurutnya hasil pertemuan dengan penduduk Orang Asli Kuala Koh yang menumpang di Kem Etnobotani, Gua Musang mendapati sudah wujud kesedaran dalam kalangan mereka mengenai penyakit dan kebersihan.
Katanya semua penduduk menunjukkan reaksi positif dan Jakoa serta penduduk bakal mengadakan program pembersihan di penempatan mereka selepas kawasan itu diisytiharkan selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#Hashim Alang Abdul Hamid
#JAKOA
#Kelantan
#kuala koh
#Orang Asli
#Pengarah Jakoa Kelantan Terengganu
#suku Batek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan