awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian Zara Qairina: Laporan lengkap akan diterima Jabatan Peguam Negara - PM

Sinar Harian
Sinar Harian
03/08/2025
04:40 MYT
Kematian Zara Qairina: Laporan lengkap akan diterima Jabatan Peguam Negara - PM
Anwar ketika berucap pada Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNK) Peringkat Kebangsaan 2025, di SICC, Kota Kinabalu pada Ahad. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara akan menerima laporan lengkap siasatan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.
Menurut beliau, isu kematian tidak seharusnya dipandang ringan apatah lagi dijadikan alasan untuk menuduh sewenang-wenangnya atau menyerang individu tertentu termasuk Menteri Pendidikan.
"Ada satu kematian baru-baru ini, Menteri Pendidikan diserang. Apa sudah jadi dengan negara kita ini? Kematian ini bukan soal ringan. Kalau ada kematian, itu tanggungjawab bersama untuk cari kebenaran, bukan terus menuduh sesiapa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNK) Peringkat Kebangsaan 2025, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Ahad.
Anwar menjelaskan, beliau sendiri telah berhubung secara langsung dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Menteri Dalam Negeri bagi meminta siasatan dijalankan segera dan segala fakta dikumpulkan secara menyeluruh.
"Ketua Polis Negara kata sudah 60 orang telah diambil keterangan dan ini kita kena harus ingat, negara ini negara hukum bukan negara fitnah.
"Siapa pun terlibat, tidak peduli siapa Tan Sri, Datuk Seri, Menteri kalau terlibat dalam jenayah pembunuhan ataupun sokong tidak akan diberi perlindungan. Tetapi jangan fitnah, anak Menteri, saudara Timbalan Perdana Menteri ataupun saudara Timbalan Ketua Menteri, ini apa dah jadi," katanya.
Anwar turut memaklumkan bahawa laporan lengkap polis juga diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada Isnin.
"Semalam setelah Majlis Musabaqah Al-Quran, saya panggil Peguam Negara tanya, dia kata, 'ya, hari Isnin kita dapat', tapi saya tidak campur. Saya tanya supaya kerana rakyat mahu tahu," katanya.
Beliau turut mengingatkan supaya tumpuan negara tidak hanya terarah kepada isu sensasi semata-mata, sebaliknya juga perlu memberi perhatian kepada nasib rakyat bawahan.
"Sekali lagi saya ingatkan, jangan kita lupa nasib petani dan nelayan yang perlu terus diberi perhatian," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zara Qairina
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan