HUJAN emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.
Pepatah itu mungkin sesuai buat Mohd Norizuan Samingan, anak muda berasal dari Johor yang bekerja Singapura dan kini kembali mencari rezeki di negeri kelahirannya.
Semua ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Tindakan Pemutus Rantaian (circuit breaker) yang dilaksanakan Malaysia dan Singapura.
“Sejak PKP dan circuit breaker dilaksanakan Mac lalu, saya telah diarahkan bercuti oleh syarikat,” ujar Norizuan yang kini meneruskan kehidupan dengan bekerja sambilan di Johor.
Katanya, pada Mac lalu, dia yang bekerja dalam sektor makanan dan minuman sejak dua tahun lalu diarah bercuti tanpa gaji.
Sehingga kini, Norizuan masih menunggu jawapan daripada syarikat untuk mengetahui status pekerjaannya.
“Syarikat masih memberi cuti tanpa gaji sehingga selesai PKP, tapi keadaan di Singapura amat membimbangkan.
"Saya tak tahu bila keadaan boleh kembali seperti biasa.
"Setakat ini syarikat masih simpan saya sebagai pekerja, tetapi masa akan datang apabila PKP ini berlanjutan mungkin saya boleh dibuang kerja,” luahnya.
Bagaimanapun, demi meneruskan kelangsungan hidup menampung keluarga, Norizuan perlu mencari alternatif pekerjaan lain.
Apatah lagi, nasib kerjanya di Singapura sehingga kini masih samar.
“Perancangan saya mungkin akan mencari kerja di Malaysia untuk menampung kehidupan seharian.
"Pada masa sekarang saya buat ‘part time’ sebagai penghantar makanan,” katanya.
Dengan tempoh PKP yang perlu dituruti banyak perubahan yang berlaku dan perlu ditempuhi.
Mengakui pendapatan yang diterima agak berbeza, namun di sebalik dugaan yang menimpanya, Norizuan percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.
“Dulu kerja di Singapura waktu tidur kena jaga sebab awal pagi dah kena bawa motor masuk sana dan ada ‘steady income’.
"Sekarang saya banyak habiskan masa dengan keluarga dan anak-anak.
"Untuk income tu, saya kerja jadi rider part-time tapi pendapatan sangat jauh berbeza dengan semasa saya kerja di Singapura dahulu,” ujarnya lagi.
Khairunnisa Kasnoon
Wed May 06 2020
Demi meneruskan kelangsungan hidup menampung keluarga, Norizuan perlu mencari alternatif pekerjaan lain
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Kembali cari rezeki di negeri kelahiran, pekerja di Singapura ini percaya ada hikmahnya
Sejak Mac lalu Norizuan yang bekerja dalam sektor makanan dan minuman sejak dua tahun lalu, diarah bercuti tanpa gaji.