awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kembali peranan asal LPN - Nasrudin

Sinar Harian
Sinar Harian
29/06/2018
01:57 MYT
Kembali peranan asal LPN - Nasrudin
Nasrudin berkata, Pas sedia untuk bertemu dan berbincang bagi mencadangkan pelan yang konstruktif ketika kementerian sedang membuka cadangan awam terhadap model baru pembekalan beras di Malaysia. - Gambar fail
Pas menyifatkan cadangan kerajaan untuk menamatkan monopoli Syarikat Padi Beras Nasional (Bernas) dalam industri beras satu langkah tepat dan selaras dengan tuntutan parti itu sebelum ini.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, tujuan asal penswastaan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sehingga tertubuhnya Bernas pada 1994 untuk menguruskan simpanan stok negara secara sistematik, menstabilkan harga beras dan menjaga kebajikan pesawah di samping memperoleh manfaat ekuiti daripada penswastaan tersebut.
Menurutnya, namun syarikat itu akhirnya menjadi institusi berorentasikan keuntungan semata-mata apabila didominasi korporat sepenuhnya pada 2014 setelah dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia.
"Persoalannya, mana mungkin sebuah syarikat persendirian dipertanggungjawabkan untuk lebih mengutamakan kebajikan sosial pesawah berbanding mengaut keuntungan syarikat jutaan ringgit setiap tahun?
"Jadi matlamat asal Bernas tersasar dan tidak ada institusi khas yang berwibawa untuk membela nasib pesawah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Nasrudin berkata, terlalu banyak isu meliputi industri padi dan beras di negara justeru Pas berharap agar tindakan menamatkan monopoli Bernas langkah awal memulihkan masalah keseluruhan yang membelenggu setiap rantaian pembekalan dan permintaan beras di Malaysia.
"Kita tidak hanya berhadapan masalah pengimport tunggal beras sahaja, tetapi juga isu subsidi dan kos input pesawah, masalah kewangan pengilang dan pemborong, kawalan mutu serta kegagalan memenuhi sasaran Tahap Sara Diri.
"Justeru penamatan monopoli Bernas hanya aspek kecil yang perlu ditanggapi berbanding desakan solusi yang lebih menyeluruh jadi kementerian juga digesa agar menilai cadangan mewujudkan semula LPN sebagai badan kawal selia yang lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata, LPN juga perlu diberi mandat lebih luas untuk memantau setiap rantaian bekalan dan permintaan dari jelapang padi hingga ke pinggan rakyat.
Katanya, Pas bersedia untuk bertemu dan berbincang bagi mencadangkan pelan yang konstruktif ketika kementerian sedang membuka cadangan awam terhadap model baru pembekalan beras di Malaysia.
"Pas sangat berbesar hati untuk berkongsi pandangan demi memastikan industri ini kekal ampuh seterusnya boleh meningkatkan tahap sekuriti beras pada tahap terjamin," katanya.
Topic Berkaitan
#2014
#beras
#BERNAS
#Bursa Malaysia
#kerajaan
#Lembaga Padi dan Beras Negara
#LPN
#Malaysia
#model
#monopoli
#Nasrudin Hassan
#Padi
#PAS
#pelan
#penswastaan
#pesawah
#rakyat
#ringgit
#subsidi
#Syarikat Padi Beras Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan