awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kembar siam berusia 17 hari berjaya dipisahkan

Sinar Harian
Sinar Harian
19/03/2022
22:30 MYT
Kembar siam berusia 17 hari berjaya dipisahkan
Pasukan pakar, jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak yang terlibat secara langsung bagi menjayakan pembedahan bersejarah itu.- Foto Facebook/HTA
KUALA LUMPUR: Malaysia melakar sejarah apabila kembar siam pramatang yang baru berusia 17 hari berjaya dipisahkan menerusi satu pembedahan dijalankan di Hospital Tunku Azizah (HTA) pada Sabtu.
Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Datuk Dr Zakaria Zahari, berkata, pembedahan ke atas bayi lelaki seberat 2.7 kilogram itu terpaksa dilakukan segera disebabkan komplikasi ‘extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome’, meskipun pembedahan seumpama itu biasanya dilakukan pada umur tiga hingga enam bulan.
Menurutnya, pasangan kembar tersebut berjaya dipisahkan dalam masa 66 minit tanpa komplikasi major.
"Kembar siam jenis ‘Omphalophagus’ ini didapati berkongsi bahagian hati dan organ-organ lain didapati normal.
"Proses persediaan untuk pembedahan dimulakan seawal 7.30 pagi dan kedua-dua bayi kemudiannya dihantar balik ke unit rawatan intensif neonatal (NICU) pada jam 2 petang.
"Dengan sokongan pasukan Neonatologi HTA, diharapkan kedua-dua bayi ini dapat sembuh dengan sebaik-baiknya," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook HTA pada tengah malam Sabtu.
Bayi kembar berkenaan dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada usia 33 minggu kandungan sebelum kes dirujuk kepada HTA.
Seramai 13 pakar serta hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak terlibat secara langsung bagi menjayakan pembedahan bersejarah itu.
Untuk rekod, semenjak pembukaan HTA, ini merupakan pembedahan ketiga untuk pasangan bayi kembar siam.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#bayi kembar siam
#Pembedahan
#HTA
#Dr Zakaria Zahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan