Selepas lebih dua tahun berkongsi jantung dan hati, kembar Siam pertama Terengganu yang mendapat liputan meluas media sebelum ini, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kemaman pada Isnin.
Nur Shazwanie Zulkifli, Nur Shazrinie yang bercantum pada bahagian dada, berusia dua tahun dua bulan meninggal dunia di pangkuan ibu mereka pada pukul 10.10 pagi selepas mengalami komplikasi jantung.
Noraini Mohamad, 33, berkata kedua-dua anaknya itu dimasukkan ke wad empat hari lepas selepas diserang demam serta batuk dan sejak dimasukkan ke dalam wad mereka kelihatan lesu.
"Pagi ini mereka dilihat kembali cergas, sihat dan aktif dan sempat meminta susu, tapi kira-kira pukul 9 pagi degupan jantung mereka makin perlahan dengan muka dan tangan bertukar kebiru-biruan.
"Melihat keadaan kembar itu semakin kritikal saya dan suami berserah kepada Allah sebelum kedua-dua dengupan jantung anak tidak lagi berdengup selain mata mereka terpejam rapat seperti tidur," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Noraini berkata walaupun sedih dengan pemergian pasangan kembar itu, beliau berpuas hati dapat menjaga mereka selama dua tahun lebih.
"Saya dan suami, Zulkifli Ngah, 43, merancang untuk membawa kedua-dua anak kami itu ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dalam masa terdekat untuk rawatan lanjut namun hasrat itu tidak kesampaian," katanya yang mempunyai dua lagi anak perempuan berusia lapan dan sembilan tahun.
Jenazah kedua kembar itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kuang pada pukul 3 petang.
Bernama
Mon Nov 11 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Projek Hospital Kemaman baharu kini 75 peratus, siap Ogos 2024
Hospital yang melibatkan perbelanjaan RM450 juta itu akan dilengkapi 300 unit katil, lapan dewan bedah, unit rawatan rapi, kompleks klinik pakar dan klinik rawatan harian.
Tiga cedera kereta rempuh taska di Kemaman
Kejadian berlaku selepas MPV yang dipandu pesara tentera itu hilang kawalan ketika mengundur keluar dari halaman rumahnya yang berhadapan taska tersebut.
Korban nahas tragedi 3 Syawal di Chukai meningkat ke enam orang
KORBAN NAHAS TRAGEDI 3 SYAWAL DI CHUKAI MENINGKAT KE ENAM ORANG
Cabul pesakit kanak-kanak: Doktor direman tujuh hari
Perintah reman sehingga 16 Februari itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin bagi membolehkan siasatan lanjut kes dilakukan.
Doktor Hospital Kemaman ditahan cabul pesakit kanak-kanak perempuan
Doktor lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 1.50 tengah hari semalam, selepas pihak polis menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada malam Rabu.
Ibu reda, bayi 'pergi' selepas dua hari dilahirkan
Nur Hakimah berkata, bayinya yang dinamakan Ainul Syahidah Syahmiezan meninggal dunia jam 10.45 pagi di Hospital Kemaman.
Dugaan Ramadan, 18 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang
Ketika kejadian kesemua mangsa berada di dalam rumah dan sebahagian mangsa sedang tidur.
Bayi maut ditikam: Remaja 15 tahun direman di Hospital Kemaman
Seorang remaja perempuan yang juga dipercayai suspek pembunuhan seorang bayi ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Penunggang, pembonceng motosikal maut bertembung kereta
Kedua-dua mangsa terseret kira-kira lapan meter sebelum kereta tersebut terjunam ke dalam cerun berhampiran.
Pekerja ladang maut motosikal dirempuh treler
Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Ayer Putih selepas selesai tugasan di ladang tersebut.