SIBU: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meneruskan penjelajahan Kembara Kenali Borneo menuju ke Kuching hari ini, melibatkan perjalanan sejauh 398 kilometer (km) dari sini.
Sebelum bertolak ke Kuching, kembara Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bersama rombongan yang memasuki hari ke-10 itu dijadualkan berangkat ke Pasar Sentral Sibu di sini, untuk santapan pagi dan lawatan di pasar itu hingga 12.30 tengah hari.
Usai acara berkenaan, Seri Paduka berdua dijadualkan berkenan menunaikan solat serta santapan tengah hari di Masjid Bandar Sri Aman selain melawat Fort Alice, sebuah kubu yang dibina semasa zaman pemerintahan Brooke di Sarawak, sebelum menuju ke hotel penginapan di Kuching.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadualkan berangkat ke Majlis Penutup Kembara Kenali Borneo dan Santapan Malam Bersama Kerajaan Negeri Sarawak di Kuching.
Berangkat sama bagi Kembara Kenali Borneo di Sarawak ialah paduka anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.
Kembara Kenali Borneo akan mengakhiri pengembaraan di Telok Melano, di selatan Sarawak esok selepas memulakan penjelajahan dari Tawau, Sabah pada 3 Sept lepas.
Kembara itu yang diadakan buat julung kali, bagi merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendekati rakyat Sabah dan Sarawak telah menamatkan perjalanan di Sabah pada 7 Sept lepas sebelum memasuki Sarawak menerusi Brunei.
Penjelajahan selama 11 hari itu melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154 km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023

Sebelum bertolak ke Kuching, kembara bersama rombongan berangkat ke Pasar Sentral Sibu untuk santapan pagi dan mengadakan lawatan ke pasar itu hingga 12.30 tengah hari. - Facebook Istana Negara

Kerajaan Persekutuan dicadang wujud semula Lembaga Padi dan Beras - Akmal
Kerajaan diharap dapat mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara bagi membendung masalah ketirisan dan mengekang aktiviti kartel beras.

Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal pada 4-5 peratus tahun ini - Ahmad Maslan
Kementerian Kewangan belum membuat perubahan dalam jangkaan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini.
Wujud semula Lembaga Padi dan Beras Negara, hapus
Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) mesti diwujudkan bagi mengekang kegiatan kartel beras yang didakwa menjadi pengkhianat sehingga berlaku kekurangan beras tempatan ketika ini.

JKPD, PRS dan Mentor Kepulihan kelompok penting bantu pemulihan dadah
Peranan institusi keluarga sebagai tempat rujukan pertama klien dalam kepulihan perlu diberi perhatian semua pihak.
MINDEF perkemas pendekatan G2G
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.
Dilantik sebagai menteri? Itu prerogatif PM
Adly yang juga Naib Presiden Amanah menegaskan, Amanah mempunyai banyak bakat yang boleh diketengahkan sebagai calon menteri.
MINDEF sedia beri kerjasama kepada PAC
PAC dijangka memanggil pegawai kanan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan bekas menteri dan menteri semasa bagi mendapatkan perkembangan kemajuan projek LCS, hari ini.

Jerebu: Golongan berisiko dinasihat ambil langkah pencegahan
Mereka juga disarankan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala sesak nafas, mengalami jangkitan selaput mata (konjunktivitis) atau serangan asma.

Tamatkan monopoli untuk tingkatkan keterjaminan bekalan beras - IDEAS
IDEAS menyeru untuk pendekatan berperingkat dalam pelaksanaan reformasi yang dilaksanakan dengan baik menjelang tahun 2031 bagi memudahkan peralihan ke pasaran terbuka dan penyahkawalseliaan import.

Badminton Sukan Asia Hangzhou: Zii Jia, Jin Wei lolos mudah ke pusingan 16
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei, melangkah ke pusingan 16 Sukan Asia Hangzhou dalam acara perseorangan lelaki dan wanita sebentar tadi.

New Zealand minat teroka peluang kolaborasi dengan Malaysia berkaitan Orang Asli
Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro berkata New Zealand berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai masyarakat Orang Asli di Malaysia.

Hubungan dua hala Malaysia, New Zealand kini lebih kukuh - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah hubungan dua hala antara Malaysia dan New Zealand kini lebih kukuh.

Gabenor Jeneral New Zealand diberi sambutan negara di Istana Negara
Ketibaan Kiro bersama pasangannya Dr Richard Davies pada 11 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada atlet negara rangkul emas di Sukan Asia
Menerusi perkongsian di laman Facebook Istana Negara, hari ini, Raja Permaisuri Agong,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah.

Agong berkenan sertai Pertandingan Golf Amal Istana Negara dan Perkhidmatan Awam
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyertai Pertandingan Golf Amal Istana Negara dan Perkhidmatan Awam 2023 di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) Kuala Lumpur hari ini.

Agong berkenan berangkat ke majlis bacaan yasin sempena Hari ATM ke-90
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin, tahlil dan khutbah khas sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-90 di Masjid Khalid Bin Al-Walid hari ini.

Kualiti kerja rendah punca jalan rosak semula - Shahelmey
Beliau berkata pihak JKR daerah sepatutnya telah memeriksa dan memantau kerja yang telah dilakukan sebelum itu dengan lebih teliti.

Maulidur Rasul: Malaysia capai kejayaan jika berpegang syariat Islam, nilai murni Rasulullah - Agong
Negara akan mencapai puncak kejayaan hakiki sekiranya terus berpegang kepada syariat Islam dan nilai-nilai murni serta akhlak tinggi Rasulullah SAW dalam tadbir urus negara.

Sambutan Maulidur Rasul: Agong seru ambil iktibar kejatuhan tamadun akibat fitnah
Titah Baginda, akhlak mulia Rasulullah SAW telah membawa Islam menjadi kuasa besar serta tamadun yang hebat di dunia.

Agong, Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina 2023, malam ini.