KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terkawal di sebalik kemeluk politik yang sedang berlaku.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM akan terus memantau dan menguatkuasakan undang-undang.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat serta meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Agong perkenan peletakan jawatan Muhyiddin, melantik beliau 'caretaker' PM

Dalam pada itu, Acryl Sani menegaskan, tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba membuat hasutan dan mengganggu gugat keselamatan negara.

Acryl Sani turut menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Ikhtiar saya tidak berhasil, ada pihak rakus rebut kuasa. - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Isnin.

Tindakan itu diambil selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional.

Beliau yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 ekoran krisis politik selepas keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan.