PEMILIK kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, melalui laman Instagram peribadi miliknya menyatakan pandangan bahawa sukan bola sepak adalah tentang kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah.
Pasukan itu merupakan model terbaik untuk semua pasukan bola sepak di Malaysia dalam membina pembanggunan bola sepak dari akar umbi sehingga cemerlang sebagai antara gergasi bola sepak di pentas Asia kini.
Dalam ucapannya itu, baginda menasihatkan agar pentingnya untuk membuat keputusan yang bijak dalam menentukan kerjaya untuk meraih pencapaian dan mencipta sejarah.
"Dalam industri pertandingan sukan, terutamanya bola sepak. Sehebat mana pun anda, jika anda berada di tempat yang salah, ia tidak bermakna.
"Kenapa? Kerana ia adalah mengenai kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah. Dalam kerjaya ini, kejayaan dan kewangan anda perlu berjalan seiring.
"Jika tidak, anda hanyalah sekadar salah seorang lagi pemain. Salah seorang dari ramai lagi. Ia adalah dunia yang kejam.
"Apabila masa anda berakhir, tiada siapa yang akan mengingati anda kerana orang hanya mengingati juara atau pemenang. Senjata anda adalah pengetahuan anda dan kebijaksanaan membuat keputusan.
"Kehidupan dan kerjaya anda adalah berdasarkan keputusan-keputusan yang anda buat. Gunakannya dengan bijak.
"Kerana pada penghujungnya, orang yang kononnya menganggap mereka tahu yang terbaik untuk anda, tidak akan berada dengan anda ketika anda menderita.
"Andalah yang menjaga diri anda sendiri dan itulah kenyataan yang menyedihkan."
Juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu akan menjalani kempen pra-musim di Sepanyol bagi menguatkan pasukan sebelum menjelang saingan Liga Super Malaysia 2024/2025, pada Mei nanti.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Sun Mar 24 2024
Baginda menasihatkan agar pentingnya untuk membuat keputusan yang bijak dalam menentukan kerjaya untuk meraih pencapaian dan mencipta sejarah. - Foto Stadium Astro
Tahfiz perlu turut dalami ilmu sains dan teknologi - Abang Johari
Tahfiz tidak seharusnya terhad kepada pengajian berkaitan agama saja, tetapi juga perlu dilengkapi dengan pengetahuan luas dalam ilmu sains serta teknologi.
Jasad pendaki Malaysia selamat dibawa turun dari Gunung Denali, Alaska
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Ahad berkata jasad pendaki itu kini berada di pejabat kesihatan tempatan menunggu untuk dibedah siasat.
Lima projek mitigasi banjir berkos RM247 juta dilaksanakan di SPS
Lima projek mitigasi banjir jangka pendek dan jangka panjang sedang dan akan dilaksanakan di daerah Seberang Perai Selatan.
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes buang kucing dalam sungai
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong.
Penuntut UiTM nyaris maut kereta terjunam dalam sungai
Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.
Kerajaan sedia pelbagai inisiatif bagi majukan TVET - Ahmad Zahid
Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk memajukan Pendidikan dan Latihan dan Teknikal Vokasional (TVET) di negara ini.
Nahas helikopter TLDM: Keluarga Muhammad Firdaus terima dengan hati terbuka laporan akhir
Keluarga Allahyarham Muhammad Firdaus Ramli yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM menerima dengan hati terbuka laporan akhir siasatan.
Ibu hamil maut kemalangan motosikal
Pihak hospital memaklumkan mangsa dan anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia manakala suami mangsa tidak mengalami kecederaan.
Enam MP Bersatu gugur keahlian, terlucut kerusi Parlimen - Wan Fayhsal
Keahlian enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tergugur secara automatik.
AWANI Ringkas: Syarikat kapal milik Israel di Iskandar Puteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tidak wajar kaitkan kes pukul OKU dengan Institusi Diraja - Pemangku Sultan Johor
Baginda menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kejadian tersebut.
PDRM terima laporan OKU dakwa dipukul pengawal peribadi diraja
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.
Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar
Baginda berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera siasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.
Kemenangan, pencapaian serta sejarah antara pesanan TMJ
Tunku Ismail menyatakan pandangan bahawa sukan bola sepak adalah tentang kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah.
Pemangku Sultan Johor komen sinis pengurusan Selangor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen sinis ditujukan kepada pihak pengurusan Selangor.
TMJ bidas Selangor FC, tegaskan JDT sentiasa jadi pilihan
Tunku Ismail menegaskan JDT sentiasa menjadi pilihan pertama untuk mana-mana pemain beraksi di Liga Malaysia (Liga-M).
Tunku Ismail mampu bawa Johor capai status negeri maju 2030 - MB
Tunku Mahkota Johor mempunyai visi dan keupayaan memacu hala tuju pembangunan negeri ini selari dengan aspirasi ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Tunku Mahkota Johor terima menghadap PM Anwar
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, sempena lawatan Perdana Menteri itu ke negeri itu.
JDT: 'Underdog' tahun depan - TMJ
JDT akan tampil sebagai pasukan bukan pilihan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/2025 apabila sepak mula dijadual pada awal Mei.
JDT derma RM2.9 juta untuk Palestin dan Yayasan JDT
JDT menderma RM2.9 juta hasil daripada kutipan tiket dan hadiah kemenangan Liga Super kepada bantuan kemanusiaan Palestin dan Yayasan JDT.