awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Mahkota Johor terima menghadap PM Anwar

Bernama
Bernama
11/01/2024
11:35 MYT
Tunku Mahkota Johor terima menghadap PM Anwar
Tunku Ismail berkenan menerima menghadap Anwar hari ini. - Foto/ Facebook HRH Crown Prince of Johor
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, sempena lawatan Perdana Menteri itu ke negeri itu.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Tunku Ismail dengan beberapa gambar pertemuan tersebut, turut dikongsi di platform media sosial itu.
Terdahulu pagi tadi, Perdana Menteri telah bertemu rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di tapak projek Rapid Transit System Link (RTS Link), sebagai simbolik komitmen kedua-dua negara terhadap projek berkenaan yang kini sudah mencapai 68 peratus.
Selain RTS, Anwar dan Lee turut menyaksikan majlis menandatangani pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Gan Kim Yong, di sebuah hotel, di sini.
Anwar turut menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri bersama warga Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di pelabuhan tersebut di Iskandar Puteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#TMJ
#Tunku Mahkota Johor
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan