JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempunyai visi dan keupayaan memacu hala tuju pembangunan negeri ini selari dengan aspirasi ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam merealisasikan hasrat Johor menjadi negeri maju menjelang 2030.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata Pemangku Sultan itu sentiasa memberi penekanan terhadap pendidikan di semua peringkat bermula daripada sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
"Sebab itu Tunku Ismail memberi penekanan yang cukup besar supaya kerajaan dapat bersama-sama membentuk Bangsa Johor yang mempunyai tahap pendidikan yang baik, mutu pelajaran yang membanggakan dan jiwa untuk berkhidmat dan berbakti kepada bumi bertuah ini. Itu yang saya nampak dalam karektor baginda.
"Saya yakin daripada segi visi, harapan dan aspirasi, Tunku Ismail selari dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mahu membangunkan negeri ini, seperti yang sepatutnya berlaku," katanya kepada Bernama dalam temu bual di kediaman rasminya di Saujana di sini baru-baru ini.
Tunku Ismail, yang merupakan anakanda sulung daripada enam adik beradik itu, dilantik Pemangku Sultan Johor selepas ayahandanya Sultan Ibrahim memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 mulai 31 Jan ini.
Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Jan ini.
Menurut Menteri Besar Johor itu, Tunku Ismail merupakan seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu hal dan bukan sekadar 'melepaskan batuk di tangga' apabila telah menetapkan sesuatu matlamat untuk negeri ini.
"Sebab itu, kalau kita tengok daripada segi (pasukan bola sepak) Johor Darul Ta'zim (JDT), bukan nak berlagak tetapi standard JDT memang luar biasa. Berapa kali kita jadi juara, 10 tahun berturut-turut. Tahun lepas kita capai 100 jaringan gol semasa perlawanan terakhir. Ini semua menunjukkan ciri-ciri Tunku Ismail dalam melakukan sesuatu," katanya.
Beliau berkata ciri-ciri yang dimiliki Tunku Ismail itu juga terserlah sewaktu baginda menzahirkan penubuhan pasukan sukarelawan Southern Volunteers (SV) yang dibarisi ribuan generasi muda Bangsa Johor daripada pelbagai latar belakang kaum dengan menggenggam satu misi yang sama iaitu untuk berbakti kepada negeri.
"Saya mula berkhidmat di bawah naungan Tunku Ismail apabila menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor. Pada masa itu, kita menggerakkan SV untuk meningkatkan kadar vaksinasi Bangsa Johor ketika pandemik COVID-19. Pada awalnya Johor adalah antara negeri yang terendah dari segi peratusan (vaksinasi) tetapi dalam masa sebulan kita menjadi negeri dengan peratusan tertinggi. SV yang di bawah naungan baginda telah membantu (ke arah) usaha itu.
"Selain itu baginda turut fokus membangunkan pusat aktiviti anak muda menerusi Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) yang akan dibina di kesemua 10 daerah di negeri ini dalam tempoh lima tahun bermula 2022. TMIYC menempatkan pelbagai aktiviti untuk golongan belia dan anak muda menjalankan gaya hidup sihat," katanya.
Tunku Ismail diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru dan merupakan putera sulung daripada enam orang adik-beradik kepada Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Baginda diijab kabul dengan Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor di Istana Bukit Serene, di sini, pada 24 Okt 2014 dengan pasangan diraja itu dikurniakan empat cahaya mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024

Tunku Ismail dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor selepas Sultan Ibrahim memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 mulai 31 Jan ini. - Gambar/ FB HRH Crown Prince of Johor

PM Singapura bentang belanjawan negara, tumpu pertumbuhan fasa seterusnya
Belanjawan itu bertujuan untuk membina momentum bagi fasa pertumbuhan negara yang seterusnya ketika Singapura menyambut kemerdekaan ke-60 tahun ini.
Lebih 24,000 pembayar cukai guna sistem e-invois
Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
Senjata api: Undang-undang mencukupi, pertingkat usaha kesan penyeludupan
Kawalan di sempadan perlu dipertingkatkan namun ia memberi cabaran kepada pihak berkuasa khususnya kerana ia memerlukan tenaga sumber manusia yang ramai.
Tahap kesedaran awam tentang kewujudan IPCC masih rendah
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Haezreena Begum Abdul Hamid, ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang tidak jelas mengenai IPCC dan cara menyalurkan aduan yang tepat.
Saksi tidak pernah lihat Zayn Rayyan bermain di taman
Saksi yang juga seorang suri rumah itu berkata, dia tidak mengetahui faktor utama mengapa kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu tidak pernah bermain di luar rumah.
Hakim tolak permohonan Naimah Khalid
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan isteri bekas menteri kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi merujuk persoalan undang-undang mengenai kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapinya ke mahkamah tinggi.
Kes Bunuh Zulfarhan: Peguam Hujah Mahkamah Rayuan Terkhilaf jatuhkan hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan enam tertuduh dalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain. Barisan peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan hujahan bahawa hukuman gantung tidak sepatutnya dikenakan terhadap anak guam mereka.
Saksi kongsi detik cemas pesawat terbalik
Pete Carlson, salah seorang penumpang yang terlibat dalam insiden pesawat Delta Air Lines terbalik tampil menceritakan detik cemas ketika insiden itu berlaku di lapangan terbang Toronto. Kata beliau, sukar untuk menyatakan perasan apabila secara tiba-tiba melihat pesawat terbalik sekelip mata.
Delta Airlines siasat insiden pesawat terbalik
Syarikat penerbangan Delta Airlines pada Isnin memaklumkan bahawa mereka masih dalam proses mendapatkan maklumat lanjut susulan insiden melibatkan pesawat milik syarikat itu yang dilaporkan terbalik ketika mendarat di sebuah lapangan antarabangsa di Kanada.
Perkembangan positif' untuk rundingan fasa kedua - Qatar
Qatar pada Selasa melaporkan adanya "perkembangan positif" untuk memulakan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza antara Israel dan Hamas

Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ
Arif Aiman Hanapi, menerima kurnia daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab atas kecemerlangannya musim ini.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.

"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.

Visi TMJ gamit Rob Friend lonjak bola sepak kebangsaan
Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend, teruja untuk menerokai peluang dalam usaha menaikkan martabat bola sepak kebangsaan.

'Memang senang nak salahkan FAM' - Tunku Mahkota Ismail
PEMBANGUNAN bola sepak akar umbi seharusnya menjadi tanggungjawab setiap kelab dalam memastikan kelancaran proses melahirkan lebih ramai pemain tempatan pada masa depan.

TMJ dijemput sebagai tetamu khas Presiden PSG di Doha
Tunku Mahkota Ismail hadir mewakili Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perbincangan bersama pengurusan tertinggi PSG.

Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.

'Sesuatu yang besar akan berlaku' - TMJ
Pemilik JDT itu menggambarkan bakal ada perkara yang sudah semestinya membawa kelebihan dan keuntungan buat kedua-dua belah pihak.

Jurulatih baharu Harimau Malaya diumum hari ini - TMJ
TMJ berkata, jurulatih baharu bagi skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda (skuad bawah 23 tahun) kebangsaan akan diumumkan pada Isnin.