Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mewajibkan pengusaha bauksit di Pahang supaya menimbus, memagar dan memasang papan tanda amaran di kawasan kolam bekas lombong bauksit di negeri berkenaan.
Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia susulan kes tiga kanak-kanak lemas di sebuah bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya, Kuantan, semalam.
"Saya berharap pengusaha-pengusaha lombong akan melaksanakan keperluan ini dan kementerian akan mencari satu pendekatan bagi mewajibkan semua pengusaha lombong untuk melaksanakan keperluan ini kelak," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Wan Junaidi berkata beliau juga telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains untuk menyiasat kewujudan bekas lombong sedemikian di Kuantan agar tindakan seterusnya dapat diambil dengan segera.
Katanya kementerian memandang serius kes kematian tiga kanak-kanak tersebut dan berharap pihak yang bertanggungjawab, termasuk pemaju lombong, mengambil tindakan sewajarnya dengan segera seperti yang dititahkan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Dalam pada itu, Wan Junaidi mengingatkan semua lapisan masyarakat agar memberi perhatian serius mengenai isu tersebut khususnya ibu bapa dalam memastikan keselamatan anak-anak mereka.
Beliau juga menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap insiden tersebut tidak berulang lagi.
Semalam, gara-gara ingin mengambil seluar yang terjatuh ke dalam kolam bekas lombong bauksit, tiga kanak-kanak termasuk dua beradik, mati lemas dalam kejadian di Taman Sungai Karang Jaya di Sungai Karang, Kuantan, Pahang.
Mangsa ialah dua beradik Salsabila Zuhairi, 12, dan adiknya Mahathir Mohamad, 7, serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10. -- Bernama
Bernama
Sun Feb 05 2017
Pengusaha bauksit akan diwajibkan upaya menimbus, memagar dan memasang papan tanda amaran di kawasan kolam bekas lombong bauksit. - Gambar hiasan
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Lynas nafi ada kaitan dengan video tongkang muatan bauksit tenggelam
Kejadian itu bukannya berlaku di Malaysia dan bahan yang terkandung dalam tongkang itu adalah bijih nikel, dan bukan bauksit.
Bauksit: Cari 'kelompongan' dalam SOP baharu sepanjang tempoh percubaan
Tempoh percubaan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencari jika masih ada 'kelompongan' yang perlu dibaiki.
Pahang mungkin jadi tapak pelupusan sisa Lynas - Dr Mahathir
Pahang mungkin dipilih menjadi lokasi tempat pembuangan sisa Lynas jika ia diputuskan selamat oleh pakar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jumlah pembuangan pekerja menerusi skim VSS antara isu Dewan Rakyat hari ini
Datuk Seri Mustapa Mohamed mahukan penjelasan daripada Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran tentang peluang pekerjaan yang disediakan kepada mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.
Nasib peneroka terlibat perlombongan bauksit jadi persoalan
Kebanyakan peneroka mahukan kerajaan membenarkan semula aktiviti tersebut diteruskan dalam tempoh terdekat.
Bauksit: Penduduk harap mimpi buruk tidak berulang dengan SOP baharu
Kerungsingan berkaitan debu merah juga menyelubungi peniaga kerana kedai makan yang diusahakan sejak 14 tahun lalu terletak di laluan lori bauksit.
Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit
Jika dua hari lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit, har
Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong
Tunku Azizah bertitah kain tersebut 'diilhamkan' apabila baginda dituduh oleh segelintir pihak kononnya baginda terlibat dalam perlombongan bauksit.
Pengusaha bauksit mahu kerajaan tarik balik moratorium
20 pelombong berdaftar di bawah PPMNP berharap kerajaan dapat membuat pertimbangan memandangkan banyak pihak dalam industri itu menanggung kerugian.
Johor pertahan beri air percuma kepada golongan berpendapatan rendah
Beliau menegaskan usaha itu dibuat setelah mengambil kira kemampuan Kerajaan Negeri serta ingin memenuhi manifesto Pakatan Harapan dan membantu rakyat berpendapatan rendah.