awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian cadang siarkan perlawanan Piala Dunia secara langsung - Gobind

Bernama
Bernama
28/05/2018
10:36 MYT
Kementerian cadang siarkan perlawanan Piala Dunia secara langsung - Gobind
Menurut Gobind Singh, langkah ini adalah salah satu usaha untuk mempromosikan RTM sekali lagi. Foto - BERNAMA
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk mendapatkan hak Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi menyiarkan perlawanan Piala Dunia 2018 kepada peminat bola sepak Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata cadangan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada hari Rabu dan beliau juga berharap dapat menerima jawapan yang baik dengan cepat.
“Seperti yang saya sedari, ini adalah salah satu usaha untuk mempromosikan RTM sekali lagi.
“Saya rasa kita perlu melakukan sedemikian untuk meningkatkan jumlah penonton di bahagian RTM, oleh kerana ianya merupakan acara peringkat dunia.
“Bagi saya, hal ini penting bagi RTM sebagai rangkaian TV nasional untuk menyiarkan tayangan secara langsung,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas lawatannya ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama, hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen Muar dan ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata terdapat keperluan untuk mencari jalan bagi menyiarkan perlawanan Piala Dunia 2018 untuk peminat setempat.
Acara yang diadakan empat tahun sekali akan menjadikan Rusia sebagai tuan rumah dengan 32 negara dari lima konfederasi bola sepak yang bertanding di 12 tempat untuk memenangi piala yang berprestij itu.
Piala Dunia, yang digelar sebagai acara pertunjukan terbesar di dunia, akan bermula pada 14 Jun dengan Rusia sebagai tuan rumah bertembung dengan Arab Saudi dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Luzhniki di Moscow pada pukul 6 petang (11 malam waktu tempatan).
— BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Gobind Singh Deo
#Malaysia
#Menteri Komunikasi dan Multimedia
#Moscow
#Piala Dunia
#RTM
#Rusia
#World Cup 2018
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan