awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Kesihatan kaji mekanisme kawalan harga ubat

Bernama
Bernama
17/07/2018
20:25 MYT
Kementerian Kesihatan kaji mekanisme kawalan harga ubat
Kementerian juga sedang mengkaji mekanisme bagi menambah baik sistem bekalan ubat di hospital kerajaan dan pasaran untuk memastikan bekalan ubat sentiasa mencukupi. - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan akan meneliti mekanisme bagi melaksanakan kawalan harga ke atas ubat-ubatan dalam pasaran, kata Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata usaha itu diambil berikutan harga ubat-ubatan dalam pasaran kian meningkat setiap tahun dan dikhuatiri menjejaskan kebolehmampuan penjagaan kesihatan untuk rakyat.
"Harga ubat-ubatan tidak tersenarai dalam harga barang terkawal dan ia didapati melambung tinggi setiap tahun.
"Kita akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi menyegerakan perkara ini. Namun terdapat banyak aspek dan faktor perlu diteliti dan diambil kira terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Program Perkhidmatan Farmasi di sini pada Selasa.
Dr Lee berkata kementerian juga sedang mengkaji mekanisme bagi menambah baik sistem bekalan ubat di hospital kerajaan dan pasaran untuk memastikan bekalan ubat sentiasa mencukupi.
"Isu bekalan dan logistik ubat berkaitan juga dengan pemegang tender. Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang salah laku berkaitan perkara ini," katanya.
Beliau berkata antara aspek yang akan dinaik taraf bagi memastikan bekalan ubat mencukupi ialah penggunaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) lebih canggih untuk proses rekod yang lebih cekap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan ubat
#Dr Lee Boon Chye
#harga ubat
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KPDNKK
#melambung tinggi
#ubat-ubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan