awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Komunikasi tawar kerjasama dengan PNB anjur pembukaan Stadium Merdeka

Bernama
Bernama
10/01/2024
20:10 MYT
Kementerian Komunikasi tawar kerjasama dengan PNB anjur pembukaan Stadium Merdeka
Usaha restorasi untuk mengembalikan Stadium Merdeka kepada keadaan asal seperti pada 1957, mendapat kerjasama daripada Badan Warisan Malaysia dan Jabatan Warisan Negara. - Foto Facebook PNB
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi bersedia bekerjasama dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB), bagi penganjuran majlis perasmian pembukaan semula Stadium Merdeka pada suku kedua tahun ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini kerana kementerian berkenaan, mempunyai kapasiti untuk menyediakan bahan arkib berkaitan stadium tersebut, yang mula dibina pada 1956.
"Kita belum ada apa-apa perbincangan (mengenai perkara itu), tetapi sekiranya perlu kita sedia untuk membantu, termasuk dengan bahan sama ada footage daripada filem negara dan bahan arkib yang mungkin ada dalam simpanan RTM, contohnya.
"Jadi saya lihat ada sinergi dan nanti insya-Allah saya akan cuba berbincang dengan pihak PNB, untuk melihat bagaimana kita boleh mengaktifkan hubungan yang lebih erat antara PNB dan Kementerian Komunikasi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Menara Merdeka 118, yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, malam tadi.
Terdahulu, Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata Stadium Merdeka dijangka dibuka semula kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini, selepas ia ditutup sejak 2016.
Beliau berkata usaha restorasi untuk mengembalikan stadium itu kepada keadaan asal seperti pada 1957, mendapat kerjasama daripada Badan Warisan Malaysia dan Jabatan Warisan Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Stadium Merdeka
#Jabatan Warisan Negara
#PNB
#bahan arkib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan