awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Luar main peranan aktif heret Israel ke ICC, ICJ - Mohamad Alamin

Bernama
Bernama
06/12/2023
05:19 MYT
Kementerian Luar main peranan aktif heret Israel ke ICC, ICJ - Mohamad Alamin
Mohamad Alamin berkata walaupun bukan ahli Statut Rom ICC, Malaysia masih boleh menyokong desakan masyarakat antarabangsa untuk mengheret Israel ke muka pengadilan berikutan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Kementerian Luar sedang memainkan peranan aktif dalam membantu mendesak masyarakat antarabangsa mengheret isu kekejaman Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Dewan Negara diberitahu.
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata walaupun bukan ahli Statut Rom ICC, Malaysia masih boleh menyokong desakan masyarakat antarabangsa untuk mengheret Israel ke muka pengadilan berikutan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
"Peranan itu termasuk kerjasama secara ad-hoc dengan Pejabat Pendakwa Raya ICC bagi menyokong siasatan selain membantu dari segi menyampaikan dokumen-dokumen perundangan atau memudahkan kehadiran saksi sukarela yang boleh menyokong kes itu apabila dikemukakan di ICC nanti," katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Noraini Idris mengenai peranan yang boleh dimainkan Malaysia dalam isu kekejaman Israel di Palestin.
Mohamad berkata kerajaan juga telah mengemukakan kenyataan bertulis atau pandangan Malaysia yang diperlukan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kesan-kesan kekejaman Israel terhadap Palestin pada 25 Julai lepas.
"Insya-Allah kita juga akan mengambil bahagian untuk mengemukakan penyerahan lisan untuk tampil di ICJ pada 19 Feb tahun depan.
"Ini merupakan antara komitmen jitu negara untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin dan menyokong desakan masyarakat antarabangsa untuk mengheret Israel ke muka pengadilan," katanya.
Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Jumaat lepas selepas jeda kemanusiaan selama seminggu dengan Hamas tamat.
Sekurang-kurangnya 15,899 rakyat Palestin terbunuh manakala 42,000 lagi cedera dalam serangan udara dan darat Israel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Alamin
#Kementerian Luar
#kekejaman israel
#Mahkamah Jenayah Antarabangsa
#ICC dan ICJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan