awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian nafi sesi persekolahan ditangguh sebulan

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
02/01/2015
14:02 MYT
Kementerian nafi sesi persekolahan ditangguh sebulan
KHAIR: Telah meminta SKMM siasat dan ambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab sebar berita palsu ini.
Sesi persekolahan hanya ditangguhkan selama seminggu dan bukannya sebulan seperti yang diwar-warkan di laman media sosial.
Ini adalah kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof sekaligus menafikan penyebaran berita palsu itu.
Beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak mempercayai sebaran di dalam media sosial.
"Penangguhan sekolah tahun persekolahan 2015 adalah selama seminggu.
"Sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad) dan bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).
"Ibu bapa dan orang awam di minta hubungi kementerian, dan semak di laman berita rasmi, jangan mudah percaya sebaran melalui media sosial," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau menambah kementerian itu telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan segera ke atas mereka yang menyebar berita palsu ini.
Topic Berkaitan
#khair mohamad yusof
#media sosial
#palsu
#sesi persekolahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan