PASIR SALAK:Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sedang mengenal pasti dan menilai jumlah kerosakan tanaman pertanian dan penternakan, susulan bencana banjir di beberapa negeri ketika ini.
Bagaimanapun, Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, keseluruhan penilaian terhadap semua jenis tanaman dan ternakan itu hanya boleh dibuat sekurang-kurangnya 45 hari selepas banjir surut.
"Kita sedang memantau dan menerima laporan daripada kawasan-kawasan sawah, termasuk Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di bawah kementerian, untuk menilai kerosakan dan sebagainya, disebabkan bencana alam.
"Kita tahu banjir berlaku di Perak, Johor dan Pahang. Tentu sekali selepas banjir itu surut baru kita boleh buat penilaian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Agihan Benih Padi Sah (BPS) dan Ziarah Peladang Negeri Perak di Chenderong Balai, di sini, hari ini.
Kiandee mengambil contoh di IADA Kota Belud, pihaknya telah menghulurkan bantuan akhir tahun lalu susulan kerosakan yang dialami pada tahun sebelumnya.
"Untuk keseluruhan industri pertanian, setiap tahun kita ada dana lebih kurang RM80 juta untuk bencana alam, termasuk penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya.
Ujarnya lagi, pihaknya memahami keresahan dan kesulitan yang dihadapi para petani dan penternak yang terkesan akibat banjir ketika ini.
Terdahulu, Kiandee melancarkan TrekBPS, iaitu sistem treking BPS bagi memantau aktiviti pesawah dalam pengedaran benih padi.
Beliau berkata, sistem tersebut diperkenalkan melalui Pertubuhan Peladang Kebangsaan, menggunakan kod Quick Response.
Ia antara lain bertujuan mengatasi masalah pesawah, terutama melibatkan harga dan kualiti benih padi.
“Pendekatan ini diambil bagi memastikan pesawah dilindungi dan mendapat benih padi yang sah.
"Harga satu beg benih tidak melebihi RM35. Dengan sistem ini, harga beg ini tidak boleh ditukar," katanya.
Menurutnya, ia merupakan pendekatan baru yang diambil kementerian bagi musim penanaman padi kali ini.
"Kita harap masalah ketiadaan benih, harga benih dan kualiti dapat diatasi,” tambahnya.
Aida Aziz
Tue Jan 05 2021
Kiandee (kiri) ketika melancarkan TrekBPS, iaitu sistem treking benih padi sah pada majlis di Chenderong Balai, Pasir Salak hari ini. - Astro AWANI
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.