Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) akan membentangkan cadangan penjenamaan semula kementerian it pada mesyuarat Kabinet esok, dengan memasukkan perkataan 'koperasi' dalam nama kementerian itu.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, ia adalah penting selepas mendapat maklum balas dari gerakan koperasi, memandangkan koperasi juga merupakan jentera yang menggerakkan ekonomi negara.
"Jika dipersetujui, (nama kementerian) akan ditukar serta merta, insya-Allah bulan ini. Ikut keputusan jemaah Kabinet nanti.
"Selepas ini ia akan dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Ke Arah Kemakmuran Bersama dan Lima Teras Strategik Institut Koperasi Malaysia (IKM), di sini hari ini.
Mohd Redzuan berkata,, sudah tiba masanya penjenamaan tersebut dilakukan, berikutan terdapat permintaan daripada ahli koperasi yang kini berjumlah 6.1 juta ahli di bawah 14,237 gerakan koperasi di seluruh negara.
"Justifikasi penjenamaan ini adalah kerana ramai orang bertanya di mana letaknya koperasi dan mereka rasa (penjenamaan) ini sangat efektif kepada mereka (ahli dan penggerak koperasi) dan saya bersetuju dengan penjenamaan ini.
"Ini juga akan memberikan mereka 'visibility' dan seterusnya rangsangan malah lebih relevan menjadi penyumbang dalam sudut perniagaan kecil dan sederhana (SME)," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah IKM, Ariffin Mamat berkata, program Ke Arah Kemakmuran Bersama dan Lima Teras Strategik IKM, adalah inisiatif baharu untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan berkaitan koperasi kepada Gerakan Koperasi di lapangan, selain menawarkan perkhidmatan latihan kepada koperasi.
Katanya, program itu juga selari dengan pendekatan baharu MED untuk turun padang, mendekati kumpulan sasar dan selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Dasar Keusahawan Nasional 2030 dan IKM menyasarkan 20 lokasi di seluruh negara bagi melaksanakan program turun padang dan latihan berkenaan.
"Mulai tahun ini penyediaan program latihan di IKM dibuat secara bersasar dan lebih fokus, dengan mengenal pasti 'hasil' yang diharapkan dari setiap penganjuran latihan yang dirancang.
"Ini termasuklah mengadakan kerjasama dengan Bank Rakyat yang telah menyediakan dana berjumlah RM100 juta, untuk tujuan ini di bawah program Million Ringgit Coop League (MiRiCLe) yang diterajui IKM," jelasnya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 21 2020
Redzuan akan bentangkan kepada jemaah Kabinet cadangan penjenamaan semula Kementerian Pembangunan Usahawan pada mesyuarat Kabinet dengan memasukkan perkataan 'koperasi'. - Gambar fail
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Kementerian Pembangunan Usahawan tukar nama jika Kabinet setuju - Redzuan Yusof
Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) akan membentangkan cadangan penjenamaan semula kementerian it pada mesyuarat Kabinet esok, dengan memasukkan perkataan 'koperasi' dalam nama kementerian itu.
SME Bank Y-Biz Challenge 2020 pupuk usahawan muda pintar digital
SME Bank meneruskan inisiatif memupuk dan membimbing usahawan muda dengan memperkenalkan aspek perniagaan digital dalam pertandingan SME Bank Y-Biz Challenge bagi edisi ke-7 tahun 2020.
Betulkan persepsi, itu dron bukan kereta terbang - Tun Mahathir
Kerajaan turut tidak memaksa mana mana pihak untuk menerima idea pembangunan terbabit.
Kerajaan setuju tambah peruntukan MED dalam Belanjawan 2020
Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof memaklumkan, peruntukan tambahan itu antara 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan belanjawan kementerian.
[EKSKLUSIF] Kereta terbang: Nak tahu RM20 juta untuk apa? Ini pendedahan PAC
Beberapa kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pembangunan Usahawan sebelum ini sedikit sebanyak mengelirukan rakyat, sekali gus beri gambaran ia projek inisiatif kerajaan.
VIPP jadi platform rentas sektor syarikat induk dan vendor - Wan Suraya
VIPP bakal menjadi platform kepada syarikat anchor (induk) dan vendor untuk mengembangkan perniagaan secara rentas sektor, menyeluruh dan merangkumi pelbagai peringkat rantaian bekalan.
Belanjawan 2020: Peruntukan lebih besar perlu untuk bangunkan usahawan tempatan - Redzuan
Ini selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang 2030.
SME Bank agih lebih RM25 juta zakat kepada golongan asnaf sejak 2009
Sejak tahun 2009, SME Bank telah membayar zakat berjumlah lebih RM25 juta dan pada hari ini sebanyak RM1.16 juta telah diagihkan.
Bantuan geran secara efektif impak ekosistem keusahawanan Bumiputera
Usahawan bumiputera tidak mempersiapkan diri dengan ilmu bisnes dan kekuatan untuk bertahan dalam dunia perniagaan.
Protege beri tumpuan bidang keusahawanan
Program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protege) melihat bidang keusahawanan sebagai kelebihan kepada graduan yang mencari peluang pekerjaan.