awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Daftar Pemilih Tambahan November 2025 dibuka untuk semakan - SPR
Wanita Palestin hadapi penderaan di penjara Israel - Pejabat media
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pertahanan sedia hantar pesawat ATM bawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan

Bernama
Bernama
30/01/2020
15:23 MYT
Kementerian Pertahanan sedia hantar pesawat ATM bawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan
MOHAMAD: Kita ada kapal terbang pengangkut C130 iaitu kapal terbang milik ATM untuk dihantar bagi bawa balik mereka. - Gambar fail
Kementerian Pertahanan bersedia untuk menghantar pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan, China yang kini dilanda wabak 2019 novel koronavirus.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata ketika ini pihaknya perlu menunggu arahan dan kelulusan daripada kerajaan pusat untuk membawa pulang rakyat Malaysia di sana.
"Kalau keputusan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di bawah Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) perlu bantuan kita (Kementerian Pertahanan) untuk bawa keluar rakyat (Malaysia) di sana, ATM bersedia untuk menghantar kapal terbang.
"Kita ada kapal terbang pengangkut C130 iaitu kapal terbang milik ATM untuk dihantar bagi bawa balik mereka, tapi setakat ini belum ada arahan lagi untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program perjumpaan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bersama perwakilan Amanah kawasan Bukit Mertajam, di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang menyatakan bahawa kerajaan sedia membawa pulang rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan.
Dr Mahathir berkata Malaysia akan berbincang dengan kerajaan China supaya rakyatnya yang tidak dijangkiti boleh pulang ke negara ini dengan pesawat, sebagaimana kerajaan Jepun dapat membawa pulang rakyatnya selepas mendapat kebenaran dari China sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bawa pulang
#China
#koronavirus
#Mohamad Sabu
#pesawat ATM
#rakyat Malaysia
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan