Kementerian Pendidikan memandang serius dan sedang menyiasat dua kes guru yang didakwa mencederakan pelajar di Negeri Sembilan dan Selangor, kata menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kementerian itu akan mendapatkan laporan lengkap mengenai kedua-dua kes sebelum tindakan sewajarnya diambil, sama ada laporan polis dibuat bagi tindakan undang-undang diambil atau tindakan disiplin oleh pihak sekolah.

"Kita tidak boleh bertolak ansur soal disiplin kerana perkara itu yang ditekankan dalam pendidikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Dewan Kampung Orang Asli Erong, kira-kira 60 kilometer dari sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan berita mengenai pelajar Sekolah Kebangsaan Rahang Saatish Piraburatnam, 10, dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar minggu lepas kerana mengalami sakit kepala yang teruk dan pening selepas mendakwa gurunya menamparnya berulang kali dengan fail plastik.

Sementara itu di Petaling Jaya, seorang pelajar sekolah menengah berumur 14 tahun didakwa dirotan gurunya hingga meninggalkan kesan di badan kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

Ibu bapa kedua-dua pelajar itu telah membuat laporan polis,