BANGI: Kementerian Sumber Manusia akan meneliti cadangan awal bagi merangka polisi berkenaan kesihatan suara dan keselamatan peti suara bertujuan melindungi golongan profesional yang menggunakan suara dalam kerjaya seperti artis, pendidik dan penceramah.
Timbalan Menteri berkenaan Mustapha Sakmud berkata setakat ini tiada sebarang polisi atau skim perlindungan khusus bagi suara dan profesion yang melibatkan suara kerana kebanyakan polisi perlindungan hanya terhad kepada tubuh badan secara fizikal.
"Terdapat cadangan daripada beberapa pihak termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) untuk mengkaji polisi perlindungan khusus yang boleh digunakan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sekiranya berlaku apa-apa pada suara kita.
"Sebagai contoh di Amerika Syarikat, perkara ini (skim atau polisi perlindungan suara) sudah biasa, tetapi di Malaysia ia masih baharu, jadi ini antara yang akan kita bincang dan lihat sama ada sesuai dilaksanakan di negara ini," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Suara Nadi Kehidupan sempena Hari Suara Sedunia 2023 (World Voice Day 2023) anjuran bersama UKM, ASWARA dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).
Terdahulu, Mustapha dalam ucapannya berkata hasil kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap guru-guru sekolah rendah di Lembah Klang, mendapati 78 peratus daripada mereka mengalami sekurang-kurangnya sekali masalah ketidakselesaan vokal dalam setahun.
Beliau berkata pekerja yang mempunyai masalah berkaitan suara turut dikaitkan isu ketidakhadiran yang ketara, kualiti hidup yang lebih rendah serta mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi.
"Saya difahamkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, kira-kira 30 peratus pesakit yang dirujuk kepada ahli terapi pertuturan untuk proses rawatan merupakan pengguna suara profesional iaitu mereka yang bergantung pada suara sebagai punca pendapatan.
"Sehubungan itu, kementerian melihat isu ini amat signifikan dan akan membantu pihak-pihak terbabit untuk mencari jalan melindungi para profesional suara yang juga golongan pekerja yang penting demi kemajuan negara," katanya.
Mustapha berkata kementerian dan agensinya termasuk NIOSH dan Perkeso akan meneliti isu itu secara menyeluruh agar dapat mencari jalan penyelesaian yang komprehensif demi menjamin kebajikan pekerja yang bergantung kepada suara.
Katanya, kedua-dua agensi ini berupaya membantu pihak terbabit untuk menjalankan penyelidikan, membangunkan modul latihan serta menyediakan pelan perlindungan untuk para profesional suara.
"Sementara kita menunggu pelan pembangunan dan perlindungan komprehensif untuk profesional suara ini dibangunkan, adalah penting untuk kita mengambil langkah yang tepat untuk melindungi kesihatan vokal.
"Pada masa yang sama, kita perlu mendapatkan bantuan profesional apabila berhadapan dengan masalah berkaitan peti suara bagi membantu mencegah kerosakan serius serta memastikan pemulihan yang lebih cepat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023
Mustapha berkata pekerja yang mempunyai masalah berkaitan suara turut dikaitkan isu ketidakhadiran yang ketara, kualiti hidup yang lebih rendah serta mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi. - Foto Facebook Mustapha Sakmud
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.
Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia Negara diumum Mei ini - Sim
Beliau berkata terdapat keperluan untuk menangani kesenjangan yang wujud dalam dasar sumber manusia sedia ada.
Kesuma, UM jalankan kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Kesuma bersama Universiti Malaya sedang menjalankan kajian bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.
Kedah Agro Holdings tidak bayar gaji sejak September 2023 - Steven Sim
JTKM telah menghantar notis kepada Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) berikutan tunggakan gaji melibatkan 24 pekerjanya yang tular di laman X baru-baru ini.
TVET: Buat pilihan bijak, semak penarafan institusi pendidikan sebelum daftar
Ranking penarafan kolej-kolej TVET ditentukan Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
KSM kini dikenali sebagai KESUMA, selaras dengan misi strategik kementerian
Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat (1 Mac), mengambil maklum dan bersetuju tentang penjenamaan semula KSM dengan singkatan KESUMA.
Tempoh sebulan untuk Perkeso, Kesuma sediakan modul ‘upskilling’ baharu – PM Anwar
Perkeso dan Kesuma diberi tempoh sebulan untuk menyediakan modul latihan upskilling yang baharu untuk pekerja.
Pindaan rang undang-undang berkaitan siling gaji diinsuranskan Perkeso dijangka dibentang tahun ini
Kementerian Sumber Manusia dijangka membentangkan cadangan bagi meminda dua rang undang-undang berkaitan siling gaji diinsuranskan Perkeso.
TVET: Sektor awam, swasta tidak boleh bersifat dikotomi
Sektor awam dan swasta tidak boleh bersifat dikotomi dalam memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.
Batu Caves akan dilengkapi dengan kemudahan eskalator
Ia sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil oleh pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.