awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen Klik Dengan Bijak anjur 569 program pada 2023, perangi maklumat palsu

Faida Rahim
Faida Rahim
27/02/2024
14:43 MYT
Kempen Klik Dengan Bijak anjur 569 program pada 2023, perangi maklumat palsu
Teo memberitahu, angka itu menyaksikan peningkatan ketara berbanding tahun 2022 iaitu hanya sebanyak 73 program. - Gambar fail/JaPen
KUALA LUMPUR: Kempen Klik Dengan Bijak telah menganjurkan 569 program di seluruh negara pada 2023 dalam usaha memerangi penyebaran maklumat palsu dalam media sosial.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching memberitahu, angka itu menyaksikan peningkatan ketara berbanding tahun 2022 iaitu hanya sebanyak 73 program.
"Pihak kerajaan berhasrat memperbanyakkan lagi program edukasi dan kesedaran supaya generasi boleh mendidik yang lebih cekap digital dan cekap media," katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Brodi yang meminta Kementerian Komunikasi menyatakan pandangan mengenai usaha untuk memerangi penyebaran maklumat palsu dan disinformasi dalam media sosial yang semakin meningkat.
Tambah beliau, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan terus bekerja rapat dengan penyedia platform untuk menurunkan kandungan maklumat palsu di media sosial.
Sementara itu katanya, sebanyak 170 maklumat atau isu menyentuh 3R berjaya diturunkan pada tahun 2021, 271 pada 2022 dan 7,000 kandungan ucapan kebencian pada 2023.
Topic Berkaitan
#Teo Nie Ching
#media sosial
#MCMC
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan