awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen Mel Rakyat Pos Malaysia tepati konsep Keluarga Malaysia - Annuar

Bernama
Bernama
09/10/2021
03:49 MYT
Kempen Mel Rakyat Pos Malaysia tepati konsep Keluarga Malaysia - Annuar
Kempen Mel Rakyat yang bermula pada 4 Okt sehingga 31 Okt ini bertemakan 'Meraikan Legasi, Menghubungkan Masa Depan'. - Facebook Tan Sri Annuar Musa
KUALA LUMPUR: Kempen Mel Rakyat dilancarkan Pos Malaysia sempena Hari Pos Sedunia pada tahun ini bertepatan dengan aspirasi Keluarga Malaysia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata kempen ini membolehkan orang ramai berhubung antara satu sama lain dengan percuma menerusi kiriman surat seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim dalam masyarakat terutama semasa negara dilanda pandemik.
"Semasa pandemik, ramai yang sudah lama tidak bersua. Usaha ini amat bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Ini membawa falsafah kebersamaan atau togetherness dan hidup di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan merdeka seperti Malaysia," katanya pada program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan RTM sempena Hari Pos Sedunia 2021 hari ini.
Kempen Mel Rakyat yang bermula pada 4 Okt sehingga 31 Okt ini bertemakan 'Meraikan Legasi, Menghubungkan Masa Depan'.
Menekankan kepentingan warga Pos Malaysia terutama bagi kesinambungan dan pembangunan ekonomi serta sosial, Annuar turut menzahirkan penghargaan kepada Pos Malaysia sebagai perkhidmatan pos tertua negara yang berusia mencecah lebih 200 tahun perkhidmatan.
Beliau berkata sambutan Hari Pos Sedunia pada tahun ini bertemakan 'Innovate to Recover' juga melambangkan usaha dan kepentingan perkhidmatan pos di seluruh dunia dalam memastikan kelangsungan ekonomi global.
Hari Pos Sedunia, yang disambut pada 9 Okt setiap tahun menandakan ulang tahun penubuhan Kesatuan Pos Sedunia pada 1874.
Sumber Facebook AnnuarMusa
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kempen Mel Rakyat
#pos malaysia
#Annuar Musa
#Hari Pos Sedunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan