KUALA LUMPUR: Sempena Hari Doktor Sedunia yang disambut 30 Mac setiap tahun, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Shah Alam Selangor (HSAS) mengadakan kempen penjanaan dana untuk menampung keperluan peralatan perubatan hospital berkenaan.

Pengerusi Lembaga Pelawat HSAS, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim memaklumkan, antara barang yang diperlukan termasuklah pelitup muka, pelindung muka, peralatan pelindungan peribadi (PPE) dan bekalan perubatan untuk hospital dan juga kakitangan hospital.

Katanya, dalam pada itu, HSAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penasihat Ti-Ratana Buddhist Society Kuala Lumpur & Selangor, Datuk Liu Thim Soon dan Ketua Sami Buddha Malaysia, Bhuddist Maha Vihara, Datuk K Sri Dhammaratana atas sumbangan kerusi roda kepada HSAS.

 
Sumber Facebook permalink.php?story_fbid=2245089245626980&id=283605981775326"><

“Alhamdulillah. Saya selaku Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Shah Alam Selangor (HSAS) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Liu Thim Soon, Penasihat Ti-Ratana Buddhist Society Kuala Lumpur & Selangor dan Datuk K Sri Dhammaratana, Ketua Sami Buddha Malaysia, Bhuddist Maha Vihara atas sumbangan kerusi roda kepada HSAS,” ujarnya di laman Facebook beliau malam ini.

Katanya, bagi mereka yang ingin memberi sumbangan, ia boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam atas nama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Shah Alam (120 380 101 37 399).