Skip to main content

Malaysia

Kempen perangi denggi #CukupSetakatSamson dapat perhatian ramai

81393858545_295x200.jpg
Kempen yang dilancarkan Astro AWANI dengan hasgtag #CukupSetakatSamson di Twitter dan Facebook bagi memerangi habis-habisan wabak denggi mula mendapat perhatian ramai.

Di Twitter terutamanya, beberapa golongan doktor turut memuji langkah bijak ini.

Ada juga orang ramai yang turut berkongsi sama kenangan atau cerita mengenai denggi dan bahayanya kepada nyawa kita.
















Pemergian salah seorang warga kerja Astro AWANI  Khairul Anuar Che Ramli atau Samson pada Ahad lalu cukup memberi impak yang besar.

Samson antara mangsa yang pergi meninggalkan kita semua kerana denggi.

Untuk itu Astro AWANI akan melancarkan kempen #CukupSetakatSamson bagi memerangi habis-habisan wabak denggi di negara ini.

Bagi menyatakan sokongan anda, sila klik like di www.facebook.com/CukupSetakatSamson.

Advertisement

Must Watch Video